Utusan Borneo (Sabah)

Pencapaian Sukma XIX Perak letakkan sukan Sabah di tahap lebih tinggi

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pencapaian bersejarah Sabah pada Sukma XIX Perak meletakkan sukan negeri ini ke satu tahap lebih tinggi dalam arena sukan Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung berkata, peningkata­n mendadak Sabah selepas hanya dua tahun pada sukan dwi tahunan terbesar negara itu adalah perkembang­an yang sangat mengujakan semua pihak.

Sukma XIX Perak yang melabuhkan tirainya semalam menyaksika­n Sabah merangkul 32 pingat emas, 28 perak dan 46 gangsa, iaitu pencapaian terbaiknya dalam sejarah penyertaan sukan itu.

Ia mengatasi pencapaian terbaik 28 pingat emas, 38 perak dan 42 gangsa ketika menjadi tuan rumah pada Sukma IX 2002.

Frankie berkata, kejayaan di luar jangka beberapa atlet dan pasukan menutup kegagalan kontinjen mencapai 44 pingat emas yang disasarkan.

Katanya, mereka tidak menjangkak­an dapat mencapai sasaran 44 pingat emas terutama selepas kegagalan dalam beberapa acara serta penarikan diri skuad futsal lelaki dan wanita ekoran gejala beguk (MUMPS).

“Ada bahagian yang kita kecewa tetapi pada masa yang sama kita juga diceriakan dengan pencapaian luar jangka beberapa atlet dan pasukan menang pingat emas dan catat rekod baru kejohanan dan kebangsaan.

“Sebab itu secara

keseluruha­nnya saya fikir kita semua dan saya sendiri sangat gembira dan berpuas hati dengan pencapaian kontinjen,” katanya ketika ditemui media pada Sabtu.

“Kita dapat melihat pencapaian di luar jangkaan pada Sukma kali ini termasuk pasukan hoki lelaki yang memenangi pingat emas manakala pasukan wanita memenangi pingat perak, pasukan (hoki) kita tidak pernah melangkah ke final sebelum ini.

“Selain itu, kita juga melihat aksi luar biasa pasukan ragbi wanita kita kerana mereka bukan saja memenangi pingat emas buat pertama kali, malah tanpa dibolosi pada setiap perlawanan termasuk di final,” katanya.

Frankie berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras dan persiapan rapi mereka sepanjang dua tahun.

“Kita bukan saja lihat atlet kita mencipta beberapa kejutan dengan memenangi emas, malah kita melihat beberapa rekod telah dipecahkan,” katanya.

Sehubungan, itu beliau berkata, semua atlet yang berjaya memenangi pingat pada Sukma kali ini akan diberi insentif termasuk RM5,000 bagi setiap pemenang pingat emas individu.

“Kita tidak menjanjika­n apaapa kepada mereka sebelum ini tetapi mereka telah buktikan dan kita perlu menghargai­nya dengan memberi insentif.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bersetuju untuk memberi ganjaran kepada para atlet,” katanya.

Frankie juga mengucapka­n syabas kepada semua pegawai terlibat khususnya kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan yang juga Chef De Mission (CDM) kontinjen, Arunarnsin Taib dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Terrance Edward Pudin. Sabah lakar sejarah

“Ada bahagian yang kita kecewa tetapi pada masa yang sama kita juga diceriakan dengan pencapaian luar jangka beberapa atlet dan pasukan menang pingat emas dan catat rekod baru kejohanan dan kebangsaan. Menteri FRANKIE Belia POON dan MING Sukan FUNG Sabah

 ??  ?? FRANKIE (dua dari kiri) ketika ditemui media pada hari terakhir Sukma XIX Perak kelmarin. Turut bersama adalah Arunarnsin (kiri) dan Terrance ( tiga dari kiri).
FRANKIE (dua dari kiri) ketika ditemui media pada hari terakhir Sukma XIX Perak kelmarin. Turut bersama adalah Arunarnsin (kiri) dan Terrance ( tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia