Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tamatkan cabaran dengan pencapaian 32-28-46

- VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah menamatkan cabaran dengan pingat gangsa pasukan berbasikal dalam acara 4km kejar mengejar lelaki di Velodrome Rakyat, Ipoh pada hari terakhir Sukma XIX Perak pasa Sabtu.

Pasukan berbasikal Sabah yang dibarisi Bong Yong Xian, Chong Tshun Lok Darren, Lim Chun Kiat dan Waldron Chee Wen Chon mengalahka­n pasukan tuan rumah, Perak.

Ia menyaksika­n skuad berbasikal menyumbang­kan keseluruha­n satu emas dan empat gangsa tetapi gagal mengotakan tiga emas yang disasarkan.

Keseluruha­nnya Sabah merangkul 32 pingat emas, 28 perak dan 46 gangsa untuk berada di kedudukan kelapan di kalangan 15 pasukan.

Terengganu muncul juara dengan 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa manakala Wilayah Persekutua­n naib juara dengan 52 emas, 38 perak dan 50 emas sementara Selangor di tangga ketiga dengan 47 emas, 68 perak dan 67 gangsa.

Sabah juga gagal mengotakan sasaran 44 pingat emas tetapi melakukan beberapa kejutan dalam beberapa acara.

Tenpin boling yang hanya disasarkan satu emas menyumbang­kan dua emas manakala akuatik yang disasarkan satu emas menerusi acara terjun dan renang menyumbang­kan empat emas, satu perak dan tiga gangsa (terjun tiga emas dan dua gangsa, renang satu emas, satu perak dan satu gangsa).

Hoki yang tidak disasarkan emas juga mencipta sejarah apabila pasukan lelaki menang emas manakala pasukan wanita menang perak sementara perahu layar yang disasarkan satu emas menang dua emas dan dua perak.

Turut menepati sasaran emas adalah tinju yang menang satu emas di samping enam gangsa (1-0-6), karate (2-4-5), pencak silat (5-2-3), ragbi (1-0-0), sepaktakra­w (3-1-0) dan angkat berat (3-4-2).

Bola sepak dan skuasy yang tidak disasarkan sebarang pingat juga menang gangsa.

Memanah walaupun penyumbang pingat emas kedua terbanyak iaitu empat emas di samping dua perak tetapi gagal kotakan sasaran lima emas. Begitu juga dengan olahraga yang disasarkan lima emas tetapi hanya menang dua emas di samping enam perak dan lapan gangsa.

Berbasikal yang disasarkan tiga emas hanya menang satu emas dan empat gangsa manakala gimnastik artistik yang disasarkan satu emas hanya menang dua perak dan dua gangsa.

Muaythai yang disasarkan dua emas pula hanya menang satu emas, satu perak dan tiga gangsa, judo disasarkan dua emas tetapi hanya menang dua perak dan tiga gangsa, boling padang disasarkan dua emas hanya menang dua gangsa manakala taekwondo yang disasarkan satu emas hanya menang satu gangsa.

Petanque yang disasarkan dua emas pula gagal menang sebarang pingat manakala tiada kejutan dari golf dan badminton yang memang tidak disasarkan pingat emas.

Sabah bagaimanap­un terlepas peluang mengutip pingat dalam acara futsal yang disandarka­n satu emas terutama menerusi pasukan wanita apabila skuad lelaki dan wanita menarik diri kerana gejala penyakit beguk.-Oleh

 ??  ?? SKUAD sepaktakra­w merakamkan reaksi gembira selepas menang emas ketiga sekaligus mengotakan sasaran mereka di Sukma XIX Perak pada Jumaat lalu.
SKUAD sepaktakra­w merakamkan reaksi gembira selepas menang emas ketiga sekaligus mengotakan sasaran mereka di Sukma XIX Perak pada Jumaat lalu.
 ??  ?? PASUKAN berbasikal lelaki Sabah ke garisan penamat acara 4km kejar mengejar untuk pingat gangsa yang juga pingat terakhir Sabah di Sukma XIX Perak yang berakhir semalam.
PASUKAN berbasikal lelaki Sabah ke garisan penamat acara 4km kejar mengejar untuk pingat gangsa yang juga pingat terakhir Sabah di Sukma XIX Perak yang berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia