Utusan Borneo (Sabah)

MMT Junior buru gelaran juara Piala Borneo

-

KOTA KINABALU: Skuad Media Mix Team (MMT) Junior buru gelaran juara kategori bawah 11 tahun (B-11) Kejohanan Bolasepak Piala Borneo Malaysia bagi menebus kekecewaan hanya muncul naib juara tahun lalu.

Kejohanan yang akan bermula di Stadium Penampang hari ini berkenaan menyaksika­n MMT Junior bersaing dalam dua kategori iaitu B-11 dan B-12 dengan hanya menggunaka­n satu pasukan yang kebanyakan­nya berusia 11 tahun.

Pemain-pemain yang ditampilka­n MMT Junior pada kejohanan kali ini datangnya daripada sekitar pedalaman Sabah selain beberapa pemain daripada Kota Kinabalu dan Penampang.

Pengurus pasukan, Gideon Gadit, berkata, kehadiran mereka ke pertanding­an itu tahun ini adalah untuk menebus kekecewaan apabila tewas di final kepada pasukan daripada Filipina, Dreaming Football.

“Sudah pastinya kami mahukan kejuaraan selepas kecewa tahun lalu, tapi saya jangkakan laluan kami kali ini lebih sukar.

“Saya melihat saingan bertambah sengit pada tahun ini dengan kehadiran pasukan daripada Filipina, Australia, Indonesia, Sarawak, Kuala Lumpur dan beberapa pasukan tempatan.

“Bagaimanap­un, kami lebih bersedia pada tahun ini selepas kali pertama menyertain­ya tahun lalu, saya juga berterima kasih kepada pihak-pihak yang menyokong kami khususnya pada penaja,” katanya.

Tambah Gideon, mereka terpaksa hanya menggunaka­n seramai 23 pemain untuk dua kategori (B-11 dan B-12) untuk kejohanan itu kerana pemain yang berusia 12 tahun sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

MMT Junior akan bersaingan dalam kumpulan B,B-11bersama-samadengan pasukan Kuala Lumpur FC, JP Voltes (Filipina), Tabs Manggatal (Sabah).

Kumpulan A bagi kategori itu pula terdiri daripada pasukan St George City (Australia), Astam SS (Indonesia), Claret School (Filipina) dan Burnmarks United (Malaysia).

Sementara itu bagi kategori B-12, MMT junior akan bersaing dengan lima pasukan lain iaitu Northern Inland Football (Australia), Dreaming Football (Filipina), SBAI (Indonesia), Tunku Putra FC (Sarawak) dan SK Malawa (Sabah).

KategoriB-12yangberm­ula Selasa depan akan diadakan secara liga satu pusingan dengan dua pasukan di tangga teratas akan menentu kejuaraan selepas itu.

 ??  ?? MMT JUNIOR
MMT JUNIOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia