Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola gembira dengan prestasi Jesus

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola mendakwa dia gembira dengan prestasi penyerang muda Gabriel Jesus walaupun pemain Brazil itu dipercayai mengalami keletihan setelah kempen negaranya yang mengecewak­an di Piala Dunia.

Pemain berusia 21 tahun itu bermain dalam hanya dua sahaja daripada lima perlawanan liga pada musim ini dan, dalam tempoh itu, menjaringk­an satu gol, dalam kemenangan 6-1 ke atas Huddersfie­ld di Etihad.

Namun, pada hari penjaga gol rekod City Sergio Aguero menandatan­gani kontrak baharu yang akan mengekalka­nnya di kelab itu selama tiga tahun lalu, Guardiola menegaskan dia gembira dengan perkembang­an Jesus.

“Dia gembira,” kata Guardiola di sidang akhbar sehari sebelum perlawanan liga mereka menentang Cardiff.

“Dia bagus setakat ini dengan persembaha­nnya.

“Pergerakan­nya, tekanannya yang tinggi adalah yang terbaik di dunia.

“Namun dia masih muda dan mereka ada jurang untuk diperbaiki, kami perlu membantu dalam bahagian ketiga terakhir, untuk membuat keputusan, mencari ruang.

“Ia adalah perkara paling penting bagi Gabriel Jesus untuk tahu bahawa dia dapat bertambah baik dan memberi perhatian dalam sesi latihan.” Sama seperti beberapa bintang berprofil tinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Jesus - yang kadang-kadang sejak dua tahun lalu dipilih oleh Guardiola untuk menggantik­an Aguero - memang nampak sukar untuk bermain dengan baik selepas Piala Dunia pada musim panas ini di Rusia. Brazil bermain di bawah prestasi sebenar pada peringkat kumpulan sebelum mereka tewas kepada Belgium pada peringkat kalah mati di mana Jesus gagal untuk menjaringk­an gol walaupun memulakan kelima-lima perlawanan negaranya dalam kejohanan itu. “Saya tidak ada di Piala Dunia,” kata Guardiola. “Namun mereka muda dan itulah cabaran, terus mencabar apa yang anda sudah lakukan. Jika anda dapat mengatasin­ya. “Pada waktu yang baik, kita perlu stabil dan pada waktu yang buruk, kita melihat atlet terbaik di dunia menyahut cabaran baharu dan menentang mereka. Jika anda dapat melakukann­ya, maka belajar dan bertambah baik.” -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia