Utusan Borneo (Sabah)

Dimensi Legenda semarak semangat ‘Patriotism­e’ di TV1

-

TERUS menyalakan semarak semangat anda sebagai anak Malaysia dengan program diterbitka­n Unit Hiburan TV RTM bertajuk Dimensi Legenda. Istimewany­a kali ini bertemakan ‘Patriotism­e’, rancangan hiburan santai dengan mesej cintakan tanah air ini menemui penonton pada jam 19.00 malam ini (23 September 2018) hanya di TV1.

Menerusi program yang dirakamkan pada 14 Julai lalu bertempat di Studio 1, Wisma TV, Angkasapur­i, Kuala Lumpur, samasama hayati variasi lagu menyuntik semangat cintakan negara menerusi persembaha­n mantap lagu ‘Gemilang’ dan ‘Standing In The Eyes of The World’ daripada penyanyi bergelar Ratu Rock, Ella.

Begitu juga lagulagu yang dinyanyika­n legenda artis tanah air yang berkongsi pentas menghiburk­an penonton seisi keluarga termasukla­h penampilan Roy, Francissca Peter, Azlan Typewriter, Lan Solo dan Hariz Bintang RTM yang menyampaik­an lagu berunsur patriotik dan menambah semangat sayangkan negara.

Paling mengujakan dan tidak sepatutnya dilepaskan pengisian segmen Memori Untukmu kali ini yang merupakan tribute kepada legenda Allahyarha­m Sudirman Haji Arshad dan lagu-lagunya seperti ‘Warisan’ dan ‘One Thousand Million Smiles’ yang dinyanyika­n oleh Lan Solo dan Hariz Juara Bintang RTM 2018.

Ia menampilka­n gandingan pengacara Raja Azura juga kemunculan Ropee Cecupak dan Azrul Zaidi selain diserikan pentasnya oleh tarian daripada Penari Kumpulan Malay World Cultural Paradise.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAN SOLO
LAN SOLO
 ??  ?? RAJA Azura menembual Roy.
RAJA Azura menembual Roy.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N mantap Ella.
PERSEMBAHA­N mantap Ella.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia