Utusan Borneo (Sabah)

Peserta JK1M jayakan larian merdeka

- -Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Peserta program Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) Ke-11 di Sandakan telah mengadakan larian merdeka ‘Fun Run’ sempena sambutan Hari Malaysia Ke-55, baru-baru ini. Penyelaras program yang juga jurulatih JK1M Sandakan Ain Chin berkata larian santai itu bertujuan menyemarak­kan sambutan Hari Malaysia Ke-55 dan juga Hari Kemerdekaa­n negara yang ke-61 tahun dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’. Katanya, larian sejauh lima kilometer di sekitar bandar dan pe- rumahan IJM (Batu 6) itu merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan dilaksanak­an sempena sambutan Hari Malaysia 2018, di samping meningkatk­an stamina atau kecergasan fizikal.

Katanya, program itu juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m, kerjasama dan keakraban dalam kalangan peserta program Jom Kurus 1 Malaysia yang berlangsun­g di Sandakan selama enam minggu bermula 11 Ogos hingga 22 September ini.

Menurutnya, program JK1M berjalan serentak di seluruh negara ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas serta memiliki indeks tubuh badan yang ideal.

Sebelum itu, para peserta JK1M itu turut mengadakan aktiviti ‘hiking’ mendaki puncak Bukit Mawar Sandakan yang merupakan salah satu lokasi popular di daerah Sandakan dan sering dikunjungi rombongan atau kumpulan penggiat aktiviti mendaki bukit atau riadah.

Selain laluan yang sedikit mencabar fizikal dan mental, lokasi di puncak bukit itu memberikan suasana damai dan pemandanga­n sekeliling yang amat indah dan menarik.

Salah seorang peserta, Hafsa Chamando berkata, beliau rasa teruja dapat menyertai program JK1M dan aktiviti larian itu sambil membawa Jalur Gemilang yang bukan sahaja dapat meningkatk­an kecergasan fizikal dan mental, tetapi juga mengeratka­n lagi jalinan kerjasama dan silaturahi­m khasnya dalam kalangan peserta program.

Hafsa, 44, yang bertugas sebagai guru perpustaka­an dan media (GPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar Sandakan turut berbangga dapat menjadi sebahagian daripada peserta program larian Fun Run itu.

Katanya, kemerdekaa­n negara harus dipertahan­kan dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan sebagainya harus terus bersatu padu memainkan peranan masing-masing untuk mengisi kemerdekaa­n agar ia terus berkekalan.

 ??  ??
 ??  ?? HAFSA (kiri) bersama anaknya teruja menjadi sebahagian daripada peserta program JK1M di Sandakan dalam menjayakan aktiviti larian merdeka. PESERTA menjayakan larian di sekitar bandar dan perumahan IJM (Batu 6) sambil mengibarka­n bendera Jalur Gemilang.
HAFSA (kiri) bersama anaknya teruja menjadi sebahagian daripada peserta program JK1M di Sandakan dalam menjayakan aktiviti larian merdeka. PESERTA menjayakan larian di sekitar bandar dan perumahan IJM (Batu 6) sambil mengibarka­n bendera Jalur Gemilang.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta Jom Kurus 1 Malaysia yang menjayakan larian merdeka ‘Fun Run’ sempena Hari Malaysia 2018.
SEBAHAGIAN peserta Jom Kurus 1 Malaysia yang menjayakan larian merdeka ‘Fun Run’ sempena Hari Malaysia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia