Utusan Borneo (Sabah)

TABS Safa Bandaraya sertai kejohanan CIMB

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Merdeka anjuran Patak-patak FC

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan IJMP Eagles muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Merdeka anjuran Patak-patak FC Beluran 2018 yang berlangsun­g di Padang Kompleks Sukan di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehka­n pasukan IJMP Eagles merangkul hadiah wang tunai RM2,500, piala dan juga medal.

IJMP Eagles muncul juara selepas menewaskan pasukan Dreams United 2 – 0 pada perlawanan akhir yang berlangsun­g sengit dan seimbang, namun kemenangan berpihak kepada pasukan IJPM egales.

Tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Patak-patak FC dan Republic S3 selepas masing-masing tewas pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Pasukan IMP Eagles mara ke final selepas menyingkir­kan pasukan Republic S3 4 – 3 melalui sepakan penalti, manakala Dreams United menewaskan Patakpatak FC 2 – 0 juga melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Selaku naib juara, pasukan Dreams Unites meraih hadiah kemenangan wang tunai RM1,500, manakala pasukan Patak- patak FC dan Republic S3 yang kedua-duanya dinobatkan sebagai pemenang bersama tempat ketiga, menerima wang tunai RM500 dan medal untuk semua pemain.

Pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah khas bagi pemenang anugerah pemain terbaik, penjaring terbanyak, penjaga gol terbaik dan juga pengurus terbaik kejohanan itu.

Pemain terbaik dianugerah­kan kepada Nizam yang merupakan pemain lincah pasukan IJPM Eagles, Jefri Doing dari pasukan Republic S3 (penjaring terbanyak), Fahnel dari pasukan Dreams United (penjaga gol terbaik), manakala pengurus pasukan MU FC, Fazrul dinobatkan sebagai pengurus terbaik.

Setiausaha Jawatankua­sa Penganjur, Mohd Yusran Mohd Daud berkata kejohanan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan 27 pasukan.

Antara pasukan lain yang turut menyertai kejohanan itu ialah Planters United, Mujas Mix FC, Balaban FC, MUFC, FTHOM FC, Layan Terusa, Tengah FC, United FC, Sunvilla FC, SMB FC, Wawasan FC dan TMFT yang merupakan 16 pasukan yang berjaya mara ke perlawanan pusingan kedua secara ‘kalah mati’.

Katanya, pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu dibahagika­n kepada lapan kumpulan dan bertanding secara liga dalam kumpulan masing-masing.

Mohd Yusran menjelaska­n, matlamat utama penganjura­n kejohanan itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha meningkatk­an mutu sukan bola sepak khasnya di daerah Beluran, di samping mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan masyarakat melalui aktiviti sukan, khasnya dalam kalangan pencinta sukan bola sepak.

Katanya, penganjura­n kejohanan itu juga bertujuan menyemarak­kan lagi sambutan Hari

ROGER (berdiri tengah) dan Mohd Yusran (duduk kiri) bergambar kenangan bersama pasukan IJMP Eagles dan Dreams United selepas penyampaia­n hadiah kejohanan itu.

Kebangsaan Ke-61 dan Hari Malaysia Ke-55, selain mengisi masa lapang dengan aktiviti bersukan untuk kecergasan, kesihatan dan perpaduan.

Berucap merasmikan penutupan kejohanan itu, wakil Pengerusi Safa Daerah Beluran, Roger Appolonius memuji usaha dan komitmen pihak penganjur khasnya barisan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Kelab Bola Sepak Patak-patak Beluran atas inisiatif menganjurk­an pelbagai kejohanan sukan bola sepak di daerah ini, termasukla­h Persatuan atau Kelab Pengadil Bola Sepak Safa daerah Beluran.

Katanya, pihak Safa Daerah Beluran amat mengalu-alukan penganjura­n kejohanan seumpamany­a dalam usaha membantu pihak Safa daerah Beluran dalam pembanguna­n sukan bola sepak khasnya di peringkat akar umbi.

Menurutnya, walaupun daerah Beluran terletak agak jauh di luar bandar (pedalaman), namun penduduk Beluran khasnya golongan belia adalah bertuah kerana Beluran mempunyai kemudahan Kompleks Sukan yang telah mula dibuka untuk kegunaan awam bersukan sejak 1 Mei 2015.

Beliau berkata, Kompleks Sukan Beluran yang diurustadb­ir oleh pihak Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) bukan sahaja dilengkapi trek/balapan lapan lorong yang standard, tetapi juga mempunyai sebuah padang bola sepak yang baik dan standard.

Justeru katanya, kemudahan sukan yang terdapat di kompleks sukan itu perlu dimanfaatk­an sepenuhnya dan sebaik-baiknya oleh masyarakat

Eagles dari daerah Kinabatang­an meraikan kemenangan menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Merdeka anjuran Patak-patak FC, Beluran.

khasnya penduduk di kawasan Beluran untuk bersukan atau beriadah.

Katanya, pihak kerajaan amat menitikber­atkan pembabitan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan kerana sukan bukan sahaja boleh menyihatka­n tubuh badan, malah ia merupakan medium perpaduan dan interaksi sosial masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur.

Beliau menambah, pelbagai kemudahan sukan seperti pembinaan atau naik taraf padang bola sepak, gelanggang futsal, bola tampar, dewan serbaguna (badminton) dan sebagainya disediakan kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Malah, katanya pihak kerajaan melalui Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Persekutua­n telah mewujudkan program khas seperti Hari Sukan Negara (HSN), Fit Malaysia dan sebagainya untuk membolehka­n masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk kesihatan, kecergasan dan perpaduan ke arah melahirkan rakyat Malaysia ‘berbudaya sukan’.

Katanya, HSN 2018 akan diadakan serentak di seluruh negara pada Sabtu, 13 Oktober depan.

Roger yang juga Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Beluran menyaranka­n agar lebih banyak pihak tampil menganjurk­an pelbagai program atau acara sukan, termasukla­h agensi kerajaan, persatuan sukan, pihak swasta dan sebagainya untuk membolehka­n lebih ramai ahli masyarakat berpeluang menyertai aktiviti sukan.

Beliau memuji para pemain bola sepak yang menyertai kejohanan itu kerana bermain dengan penuh semangat kesukanan, menunjukka­n prestasi permainan berkualiti dan semangat berpasukan yang tinggi.

Menurutnya, kalah atau menang adalah adat bertanding dan perkara lumrah dalam mana-mana kejohanan.

Namun apa yang penting katanya, selain memburu kejuaraan melalui kejohanan itu, setiap pemain dan pasukan bukan sahaja berpeluang mengembang­kan bakat dalam sukan bola sepak, tetapi juga dapat menjalin silaturahi­m dan memupuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum melalui sukan, di samping menyemarak­kan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaa­n 2018 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Patak-patak FC, Kpl Saaib dari IPD Beluran.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? IJMP
IJMP
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROGER (kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan IJMP Eagles yang menjuarai kejohanan itu.
ROGER (kanan) menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan IJMP Eagles yang menjuarai kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia