Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tambah CCRC, tampung penghuni makin meningkat

Tampung penghuni yang semakin meningkat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Kerajaan merancang menambah lebih banyak Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) dalam usaha membantu memulihkan individu yang terbabit aktiviti penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamaan berkata cadangan itu dilaksanak­an bagi menampung penghuni di CCRC yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Setakat ini katanya, hanya sebuah CCRC di Sabah yang terletak di Kimanis dan pusat itu hanya mampu menampung kapitsiti sekitar 250 orang penghuni sahaja, kini lebih 400 penagih ditempatka­n di sana.

“Dengan cadangan pembinaan CCRC di kawasan pantai barat dan pantai timur kelak pasti memudahkan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerima dan menghantar penagih di kawasan berkenaan untuk mendapatka­n rawatan.

“Pembinaan lebih banyak CCRC ini juga memudahkan ahli keluarga untuk berjumpa penagih ketika mereka menjalani rawatan.

“CCRC khas untuk wanita juga perlu diwujudkan agar penghuni tidak bercampur dengan penghuni lelaki,” katanya ketika sidang media selepas Op Khas Adu pada Sabtu.

Turut hadir, Komander Pasukan Taktikal Khas dan Siasatan (STRIKE) AADK Malaysia Zainudin Abdullah, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi dan Ketua Penguatkua­sa AADK Kota Kinabalu Lawrance Galleh.

Dalam operasi yang dijalankan selama dua hari itu, seramai 40 orang disyaki terlibat dalam penyalahgu­naan dadah diperiksad­an36daripa­danya positif ujian saringan air kencing.

Operasi yang dijalankan turut dibantu beberapa anggota polis dan penguatkua­sa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

 ??  ?? DUA penagih antara yang ditahan penguatkua­sa AADK dalam Ops Adu.
DUA penagih antara yang ditahan penguatkua­sa AADK dalam Ops Adu.
 ??  ?? AZIS semasa sidang media selepas Ops Adu pada Sabtu.
AZIS semasa sidang media selepas Ops Adu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia