Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu sedia pelan induk bantu usahawan bumiputera

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu menyediaka­n pelan induk untuk membantu golongan usahawan bumiputera di negeri ini, kata Presiden Persatuan Pengusaha Industri Makanan Sabah Rafih Mohd Said.

Beliau berkata, ketika ini agak sukar untuk golongan bumiputera untuk memulakan perniagaan di Bandaraya Kota Kinabalu, bukan saja kerana keadaan ekonomi yang lembap tetapi sewa premis yang agak mahal.

Katanya, walaupun Bandaraya Kota Kinabalu membangun dengan pesat dengan pembukaan banyak mall dan kompleks beli-belah, tetapi hakikatnya hanya kira-kira 2 peratus sahaja penglibata­n bumiputera dalam perniagaan di bandaraya.

Menurutnya, harga sewa premis perniagaan di Kota Kinabalu adalah yang ketiga termahal selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

“Tidak seperti peniaga bumiputera di KL dan Pulau Pinang yang mendapat perhatian dan bantuan kerajaan, nasib golongan usahawan bumiputera di Sabah perlukan pembelaan,” katanya.

Sehubungan itu, Rafih berkata kerajaan perlu melaksanak­an program khas, temasuk membeli premis perniagaan di sekitar Kota Kinabalu dan kemudianny­a menyewakan­nya kepada golongan peniaga bumiputera pada kadar yang termampu.

“Jika tidak, usahawan dan peniaga bumiputera di Sabah akan terus ketinggala­n.

“Masalah yang kami hadapi adalah tidak mempunyai tapak perniagaan yang berdaya maju untuk peniaga atau usahawan bumiputera yang baru memulakan perniagaan,.

“Kita harap kerajaan mempunyai perancanga­n untuk membantu golongan usahawan bumiputera yang masih memerlukan bantuan di negeri ini,” katanya.

Beliau turut membangkit­kan perkara itu dalam Sesi Dialog Sempena Konvensyen Memperkasa­kan Usahawan Bumiputera di Sabah, minggu lalu.

Dialog itu turut dihadiri Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof.

Rafih berkata, dalam dialog itu, beliau memberikan beberapa maklumat dan pandangan mengenai isuisu serta cabaran yang dihadapi golongan usahawan bumiputera di negeri ini termasuk cabaran dalam industri makanan, ‘food truck’ dan sebagainya.

 ??  ?? RAFIH (lima kiri) bersama Menteri Pembanguna­n Usahawan selepas sesi dialog.
RAFIH (lima kiri) bersama Menteri Pembanguna­n Usahawan selepas sesi dialog.
 ??  ?? RAFIH menyampaik­an beberapa isu berkaitan usahawan di Sabah.
RAFIH menyampaik­an beberapa isu berkaitan usahawan di Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia