Utusan Borneo (Sabah)

SPCA anjur Fun Run For The Voiceless 2.0 pada 21 Okt

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam Fun Run For The Voiceless 2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Terhadap Haiwan (SPCA) pada 21 Oktober depan.

Acara berkenaan yang disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong akan diadakan di Taman Nasalim, di sini.

Larian ini adalah sebahagian daripada kempen SPCA untuk meningkatk­an kesedaran mengenai usaha masyarakat bagi menyelamat­kan haiwan yang cedera dan terbiar, khususnya anjing dan kucing.

“Kami berharap lebih ramai akan menyokong dengan menyertai acara Fun Run tahun ini. Tahun ini, kami menyasarka­n kira-kira 1,000 peserta,” kata Penolong Pengerusi Penganjur Desmond Lim semasa taklimatny­a kepada isteri Liew, Datin Dr Lindai Lee di Pusat Khdimat Rakyat Batu Sapi, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata terdapat juga cabutan bertuah dan pemenang akan berpeluang memenangi basikal serta hamper.

Selain itu katanya, terdapat juga pameran anjing K9 dan pameran kereta vintage sepanjang acara itu.

“Pada acara larian itu, terdapat dua kategori yang terbuka untuk semua peringkat umur iaitu 4 kilometer dan 10 kilometer.

“Larian 4 kilometer akan dimulakan pada jam 6.20 pagi manakala 10 kilometer bermula pada jam 6 pagi,” katanya.

Desmond berkata pendaftara­n bagi acara larian berkenaan kini dibuka sehingga 1 Oktober dan dikenakan yuran RM85.

Semua peserta berdaftar akan diberi nombor bib dan baju-T yang boleh diperolehi di Restoran Tai Lau, Taman Pertama pada 13 Oktober dan 14 Oktober dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

 ??  ?? LIEW (empat kiri) dan isterinya Lindai (tiga kiri) merakam gambar bersama Desmond (dua kiri) selepas taklimat di Pusat Khidmat Rakyat Batu Sapi.
LIEW (empat kiri) dan isterinya Lindai (tiga kiri) merakam gambar bersama Desmond (dua kiri) selepas taklimat di Pusat Khidmat Rakyat Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia