Utusan Borneo (Sabah)

60 PREMIS DIKENAL PASTI

Dipercayai menjual barangan tidak bercukai

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato' Sri Haji Zulkifli Yahya berkata terdapat laporan untuk risik kastam dan aduan terhadap 60 premis di Sabah termasuk 20 di Sandakan menjual barangan tidak bercukai, terutamany­a rokok dan minuman keras.

Beliau berkata aktiviti penyeludup­an perlu dibanteras kerana kesannya kepada ekonomi negara selain mengancam kesejahter­aan rakyat.

Beliau mengingatk­an semua pihak agar memberikan kerjasama sepenuhnya seperti memaklumka­n kepada jabatan berkenaan jika berlakunya barangan tidak bercukai yang tidak lulus kastam.

“Pihak kastam merekodkan negara kehilangan hasil kira-kira RM1 bilion tahun lepas akibat aktiviti penyeludup­an rokok haram selain RM400 juta lagi daripada aktiviti penyeludup­an minuman keras,” jelasnya.

Di Sabah sahaja, Zulkifli berkata sepanjang 2018, pihaknya berjaya merampas sebanyak 12 juta batang rokok melibatkan cukai lebih RM8 juta.

Sehubungan itu katanya, pihak kastam komited memerangi kegiatan penyeludup­an di negara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap remis yang didapati menjual rokok dan minuman keras yang belum dibayar cukai.

Bagaimanap­un, usaha itu memerlukan kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk agensi-agensi penguatkua­saan serta masyarakat setempat untuk menyalurka­n maklumat di kawasan masing-masing.

“Ini adalah program pertama kali diadakan di daerah ini kerana kita mendapat aduan daripada masyarakat dan agensi lain bahawa terdapat barangbara­ng yang tidak lulus kastam diseludup masuk ke Sandakan seperti rokok dan minuman keras.

“Melalui pemantauan pihak kastam, kita telah kenal pasti tempat-tempat menjual dan akan melakukan pemeriksaa­n terhadap premis-premis seperti mana kita dapat aduan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran OPS Pacak 2018 di perkaranga­n Piazza Esplanade, Harbour Mall Sandakan, di sini pada Isnin.

 ?? Gambar BERNAMA ?? TIMBALAN Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan/Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya (empat, kanan) menunjukka­n rokok seludup yang dipamerkan kepada Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik selepas merasmikan Ops Pacak 2018, Isnin. -
Gambar BERNAMA TIMBALAN Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan/Pematuhan) Datuk Seri Zulkifli Yahya (empat, kanan) menunjukka­n rokok seludup yang dipamerkan kepada Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik selepas merasmikan Ops Pacak 2018, Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia