Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mahathir dijadual bertemu Theresa May, beberapa pemimpin di New York

-

NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad, yang akan tiba di sini pada Selasa (25 Sept), bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) sesi ke-73 (UNGA) dari 25-29 Sept, dijangka mempunyai jadual mesyuarat yang ketat dengan beberapa ketua negara dan kerajaan yang menghadiri perhimpuna­n agung itu.

Perdana Menteri dijangka tiba di New York bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada tengah hari Selasa dari London, selepas melakukan lawatan kerja dari 22 Sept.

Antara pemimpin dunia yang akan mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir semasa UNGA ialah Perdana Menteri Britain Theresa May.

Kedua-dua Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dan May, dijangka mengadakan pertemuanp­adaRabu(26Sept) bagi berkongsi pandangan berhubung perkara seperti ekonomi global dan maklumat terbaru mengenai langkah Brexit dan perkembang­an ekonomi Malaysia.

Pada pertemuan pertama sejak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri berikutan kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kedua-dua pemimpin juga dijangka mengadakan perbincang­an mengenai hubungan antara kedua-dua negara.

Sebaik tiba di New York, Dr Mahathir juga dijangka menemui Presiden Iran, Hassan Rouhani pada Selasa (25Sept)dimanaperb­incangan akan tertumpu kepada situasi di Asia Barat.

Dr Mahathir juga dijangka menemui Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga berada di sini bagi mengiringi Dr Mahathir, juga dijangka menemui rakan sejawatann­ya dari Sudan Dr Dirdeiry M. Ahmad.

Terdahulu, Saifuddin berkata, kementeria­n beliau menerima beberapa lagi permintaan daripada para pemimpin negara lain untuk menemui Dr Mahathir semasa tempoh berkenaan, dan menambah bahawa sebarang perkembang­an akan diumumkan kemudian.

Dr Mahathir kali terakhir berucap di UNGA hampir 15 tahun lepas, pada 25 Sept 2003, kira-kira sebulan sebelum beliau bersara sebagai Perdana Menteri keempat pada 31 Okt. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia