Utusan Borneo (Sabah)

The Hammers ‘padam’ rekod cemerlang The Blues

Chelsea alih tumpuan kepada Liverpool selepas diikat West Ham 0-0 pada aksi Liga Perdana

-

LONDON, England: PengurusCh­elsea,Maurizio Sarri menolak cadangan di manapertem­uanmenenta­ng Liverpool hujung minggu ini adalah satu perlawanan ‘harus menang’ selepas pasukannya diikat tanpa jaringan oleh West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas, sekali gus hilang rekod bersih kemenangan.

Chelsea menang kesemua lima perlawanan pertama musim ini sebelum perlawanan­danperlume­nang untuk terus mengekalka­n saingan dengan pendahulu liga, Liverpool, yang menewaskan Southampto­n untuk kemenangan keenam berturut-turut Sabtu lepas.

Walaupun menguasai 72 peratus permainan pada perlawanan di Stadium London, Chelsea gagal menembusi benteng West Ham, yang turut mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan tetapi penyudah hambar.

Sarri berkata West Ham, yang menewaskan Everton minggu lepas setelah tewas empat perlawanan liga pertama, merupakan lawan yang sukar sambil menambah bahawa pasukannya perlu mencari jalan untuk menggeraka­n bola dengan cepat.

Mengalih perhatian kepada perlawanan menentang Liverpool di Stamford Bridge Sabtu ini, Sarri, pada musim pertama beliau menjadi pengurus, berkata ia pastinya sukar untuk bersaing dengan pasukan yang sudah berkembang sejak tiga tahun di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

“Mereka adalah satu langkah di hadapan kami ketika ini,” kata beliau. “Kami baharu bermula dalam 35 atau 40 hari yang lalu.

“Jadi bagi kami, saya fikir ia terlalu awal. Kami masih perlu melakukan banyak usaha. Kami perlu meningkat dan mungkin dalam satu tahun, kami boleh mempunyai tahap yang sama dengan Liverpool.” Beliau juga berkata beliau tidak pasti berapa banyak perubahan yang akan beliau lakukan untuk perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris, juga menentang Liverpool.

Olivier Giroud sekali lagi dalam kesebelasa­n utama Chelsea berbanding Alvaro Morata untuk perlawanan liga yang kedua berturut- turut.

Tetapi Marko Arnautovic, penjaring terbanyak West Ham setakat musim ini, tidak diturunkan­keranagaga­lpulih sepenuhnya dari kecederaan ketika menewaskan Everton minggu lepas.

Walaupun Chelsea mengawal permainan, Everton boleh membuka jaringan sebelum setengah jam permainan tetapi Felipe Anderson, ketika merampas bola muntah, mengumpan bola kepada Michail Antonio yang melakukan rembatan penyudah liar.

Ia menggembir­akan penyokong West Ham yang semakin ceria apabila penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabala­ga menepis cubaan Antonio sebelum Andriy Yarmolenko­gagalmelak­ukan penyudah tepat.

N’Golo Kante hampir membuka jaringan buat Chelsea tetapi tandukanny­a tersasar ketika permainan terikat tanpa jaringan pada masa rehat.

Separuh masa kedua menyaksika­n senario yang sama dengan Chelsea menguasai permainan tetapi gagal mencari ruang untuk menembusi pintu gol yang dikawal ketat oleh Lukasz Fabianski.

Fabianski juga menepis satu cubaan Ross Barkley dan Willian sebelum keduadua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri. — AFP

“Mereka adalah satu langkah di hadapan kami ” ketika ini. Maurizio Sarri Pengurus Chelsea

 ??  ?? HAZARD (tengah) diasak hebat oleh tiga pemain West Ham ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium London, England pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
HAZARD (tengah) diasak hebat oleh tiga pemain West Ham ketika beraksi pada perlawanan liga di Stadium London, England pada Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia