Utusan Borneo (Sabah)

MPOB diminta kaji segera cara atasi masalah ulat bungkus

-

SLIM RIVER: Kementeria­n Industri Utama akan meminta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melakukan kajian segera bagi mengatasi isu ulat bungkus yang telah menyerang beberapa kawasan tanaman kelapa sawit di negara ini.

Menterinya Teresa Kok Suh Sim berkata, kementeria­n tersebut menerusi agensinya komited mencari jalan menyelesai­kan permasalah­an tersebut yang kerap membelengg­u peneroka dan pekebun sawit.

“Tumpuan kajian (perlu dijalankan) terhadap ulat pemakan daun (ulat bungkus) ini kerana kalau 20 peratus diserang penyakit, ia keadaan serius dan akan jejaskan pendapatan peneroka.

“Jadi isu ini (serangan ulat bungkus) kita (kementeria­n) sudah bangkitkan dan akan beri tumpuan penyakit yang menyerang tanaman sawit, jadi ini akan jadi tumpuan utama kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penerangan­Pensijilan­Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan kawalan ulat pemakan daun (UPD) yang dihadiri kira-kira 100 peneroka Felda Wilayah Trolak di Felda Gunung Besout 2, di sini, kelmarin.

Kokturutme­luangkanma­sa kira-kira 30 minit di ladang sawit melihat demonstras­i suntikan batang pokok sawit yang diserang ulat bungkus bagi membunuh kitaran hidup ulat.

Sementara itu, beliau berkata kementeria­nnya akan turut membawa kajian kaedah tanaman campuran daripada saintis Brazil untuk diperkenal­kan dalam penanaman sawit.

“Saya tidak pasti sama ada ini cara terbaik atau tidak. Namun saya juga akan bawa isu ini kepada MPOB,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata tanaman campuran dalam penanaman sawit seperti menanam pokok hutan dilihat mempunyai kebaikan terhadap alam sekitar dan hidupan liar, sekali gus dapat mengelakka­n serangan penyakit pokok. — Bernama

 ??  ?? KOK (tiga kiri) melihat proses ‘trunk injection’ pada Program Penerangan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia dan kawalan ulat pemakan daun Felda Gunung Besout 2 di Sungkai, Isnin. — Gambar Bernama
KOK (tiga kiri) melihat proses ‘trunk injection’ pada Program Penerangan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia dan kawalan ulat pemakan daun Felda Gunung Besout 2 di Sungkai, Isnin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia