Utusan Borneo (Sabah)

TABS Safa Bandaraya juara

Karnival Bolasepak CIMB Foundation B-16

-

KOTAKINABA­LU: TABS Safa Bandaraya menjuarai kategori bawah 16 tahun Karnival Bolasepak CIMB Foundation selepas mengekalka­n rekod tanpa kalah sepanjang karnival itu yang berlangsun­g di Stadium Hang Tuah, Melaka pada Ahad.

Sabah mengutip lapan mata dengan mencatat dua kemenangan ke atas Kuala Lumpur 2-1 dan Kelantan 21, selain mencatat keputusan seri dengan Melaka 0-0 dan Kedah 1-1.

Kelantan yang memperoleh tujuh mata menyandang naib juara dan Melaka tempat ketiga.

Sebanyak lima pasukan bagi kategori itu menyertai kejohanan dua hari berkenaan.

Pasukan B11 TABS hanya menduduki tempat keempat daripada lapan pasukan termasuk pasukan jemputan yang mengambil bahagian.

Ketua jurulatih TABS Safa Bandaraya Matasan Ahmad berkata secara keseluruha­n pihaknya berpuas hati dengan pencapaian TABS dalam karnival buat pertama kali diadakan untuk peringkat kebangsaan itu.

Beliau juga mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada para jurulatih TABS yang terlibat - Roslan Wasli, Michael Wong, Jumat Jimmy, Awang Sabtu Jamil, Rosli, Azlan dan Setiausaha TABS Juraidah Abdul Rahim.

Katanya, karnival itu akan diadakan di Kedah pada tahun hadapan.

“Kita berharap dapat menyertai karnival ini lagi di samping berusaha untuk mengekalka­n pencapaian terbaik nanti,” katanya.

Karvinalit­umembabitk­an penyertaan pasukanpas­ukan yang mendapat tajaan CIMB Foundation dari negeri terbabit. Hadiah-hadiah disampaika­n Penolong Pengurus Korporat CIMB Foundation Rashid Abdul Rahman.

Mengenai persediaan untuk menghadapi Piala Borneo tahun ini, Matasan berkata TABS hanya mengambil bahagian dalam tiga kategori sahaja kali ini iaitu B13, B15 dan B16.

 ??  ?? PASUKAN TABS bersama pegawai dan jurulatih selepas diisytihar­kan sebagai juara karnival itu.
PASUKAN TABS bersama pegawai dan jurulatih selepas diisytihar­kan sebagai juara karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia