Utusan Borneo (Sabah)

Enam orang awam, dua polis terbunuh di wilayah bergolak Cameroon

-

LIMBE: Enam orang awam dan dua anggota polis terbunuh di Wilayah Barat Daya yang berbahasa Inggeris dan sentiasa bergolak di Cameroon, di mana keganasan telah berlaku sebelum pilihan raya presiden pada bulan depan, menurut sumber rapat dengan perkhidmat­an keselamata­n dan penduduk tempatan.

Pada malam Rabu hingga kelmarin, dua anggota polis telah terkorban dan seorang anggota polis wanita tercedera di luar pekan pusat peranginan pantai Limbe di sebuah kawasan menempatka­n puak pemisah berbahasa Inggeris, menurut sumber.

“Penyerang telah menyerang mangsa secara mengejut ketika mereka sedang bertugas,” jelas sumber tersebut.

Di Buea berhampira­n, bandar utama bagi Wilayah Barat Daya, polis telah menembak mati enam orang awam dan mencederak­an seorang lagi kelmarin, me-nurut beberapa saksi.

Kesahihan insiden di-sokong oleh seorang sumber keselamata­n di bandar utama Cameroon Yaounde.

Anggota tentera dan puak pemisah turut berbalas tembakan di Bamenda, bandar utama di Wilayah Barat Laut, sebuah lagi kawasan penduduk berbahasa Inggeris, menurut sumber.

Dua wilayah minoriti bagi penduduk berbahasa Inggeris di Cameroon – Barat Laut dan Barat Daya – telah dilanda oleh ketegangan hampir setiap hari yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh pada tahun ini, menurut Kumpulan Krisis Antarabang­sa.

Tentangan selama beberapa tahun bagi diskrimina­si di tangan puak majoriti berbahasa Perancis di Cameroon membawa kepada satu deklarasi kemerdekaa­n oleh puak pemisah yang mencetuska­n satu tindakan kerajaan.

Puak pemisah berbahasa Inggeris telah menyatakan bahawa pengundian tidak akan dilakukan di dua wilayah pada 7 Oktober.

Dalam pilihan raya Oktober ini, lapan calon akan bertanding menentang pe-mimpin berusia 85 tahun Paul Biya, yang telah memerintah negara selama 35 tahun dan ingin mendapatka­n penggal ketujuh berturut-turut bagi jawatannya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia