Utusan Borneo (Sabah)

PKR tidak bincang kerjasama dengan Umno, kata Wan Azizah

-

SERDANG: Tiada perbincang­an mengenai kerjasama antara PKR dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai rancangan UMNO untuk membentuk kerjasama tersebut seperti yang dinyatakan Presidenny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak bincang, kita mesti tengok macam mana...takkanlah hendak bekerjasam­a pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lepas, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata UMNO berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan dengan manamana parti dari Pakatan Harapan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid kerjasama itu boleh dicapai menerusi perjanjian bersama sebelum atau selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan media, desas-desus mengenai kerjasama tersebut muncul selepas Barisan Nasional bertindak memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sehingga menimbulka­n persepsi UMNOmungki­nbekerjasa­ma dengan PKR bagi memberi laluan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

Ditanya mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semalam mengenai hasratnya untuk bertanding menentang Anwar sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut, Dr Wan Azizah berkata sesiapa sahaja berhak untuk bertanding. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia