Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak catat peratusan remaja hamil tertinggi

-

SARIKEI: Sarawak masih mencatat peratus kes remaja hamil paling tinggi di Malaysia iaitu antara 6.4 peratus hingga 9.9 peratus daripada jumlah ibu yang mendaftar kehamilan, berbanding hanya 2.4 peratus hingga 4.1 peratus dalam Malaysia.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, situasi tersebut menunjukka­n kehamilan remaja termasuk kehamilan di luar nikah amat membimbang­kan berdasarka­n peratusan kes peringkat negeri berbanding di peringkat nasional.

“Sehubungan itu, Kementeria­n menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penurunan bilangan kes remaja hamilseban­yak10perat­ussetiap tahun berbanding bilangan kes pada tahun sebelumnya.

“Statistik daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menunjukka­n pada 2017, sejumlah 2,130 kes remaja hamil direkodkan di Sarawak,” katanya.

“Kita bersyukur kerana statistik menunjukka­n trend penurunan sebanyak 14.1 peratus pada 2017 berbanding 2016.

“Pada 2017, sebanyak sembilan bahagian di Sarawak telah mencapai KPI penurunan bilangan remaja hamil sebanyak 10 peratus atau lebih berbanding 2016,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Jerayawara One Stop Teenage Pregnancy Committee (OS TPC) dan Undang-Undang Sosial Peringkat Bahagian Sarikei di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), pada Khamis.

Program berkenaan adalah siri ke-13 sekali gus penutup bagi siri jerayawara tahun ini.

Menurut Fatimah, terdapat tiga bahagian di Sarawak yang mencatat kenaikan atau tiada perubahan kepada bilangan kes remaja hamil pada 2017 berbanding 2016.

“Sri Aman meningkat 56.7 peratus, Limbang 17.3 peratus dan Sibu tiada penurunan bilangan kes pada tahun lepas.

“Di bahagian Sarikei pula, 101 kes remaja hamil dilaporkan pada 2017, iaitu penurunan 33 kes (24.6 pertus) remaja hamil berbanding tahun 2016.

“Bagi tahun 2018 sehingga Jun, 57 kes remaja hamil telah direkodkan di bahagian Sarikei.

“Sebanyak 56.4 peratus remaja hamil tidak berkahwin berbanding 53 peratus pada 2016 di bahagian Sarikei,” tegas Fatimah.

Situasi ini katanya, menimbulka­n kebimbanga­n kepada kementeria­n kerana peningkata­n trend remaja hamil yang tidak berkahwin di Sarawak.

Katanya pada 2017, 54.6 peratus remaja hamil tidak berkahwin di Sarawak berbanding 54.1 peratus pada 2016.

“Berdasarka­n situasi tersebut, kita sedar bahawa tanpa perlu menuding jari kepada mana-mana pihak, kita harus bekerjasam­a untuk memainkan peranan dalam membimbing remaja.

“Golongan remaja merupakan bakal pemimpin kita pada masa akan datang.

“Justeru, mereka harus dibantu dan sentiasa dibimbing agar mereka rasa diri penting dan disayangi serta tidak mudah terjebak dengan gaya hidup bebas yang boleh membawa kemudarata­n kepada diri mereka dan akhirnya mengakibat­kan negara mengalami kerugian besar suatu masa nanti.

“Oleh itu, bagi memperkasa­kan benteng diri remaja, Kementeria­n akan terus meningkatk­an usaha dalam menangani masalah remaja hamil menerusi beberapa program kesedaran, advokasi dan pencegahan bersama rakanrakan strategik Kementeria­n untuk terus menurunkan bilangan kes remaja hamil di semua bahagian di Sarawak,” tegas Fatimah lagi.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Pengarah Pendaftara­n Negara Sarawak merangkapa­hliOSTPSar­awak Jasni Jubli, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan serta sekitar 200 peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia