Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 ahli dari 31 cawangan Umno Tawau masuk Warisan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Lebih 2,000 ahli dari 31 cawangan Umno Parlimen Tawau menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) sempena perasmian 31 cawangan penaja parti itu di Batu 4 Jalan Apas, di sini pada Ahad.

Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman berkata parti itu mengalu-alukan penyertaan ahli Umno dengan syarat mereka meninggalk­an budaya lama Umno.

“(Iaitu) budaya terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa tanggungja­wab untuk melihat kebajikan rakyat, kerana perkara paling penting rakyat perlu diutamakan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata kemasukan beramai-ramai ahli Umno Tawau disifatkan­nya petanda yang membuktika­n Warisan diterima baik di Sabah.

Azis percaya perkembang­an mutakhir itu juga akan menyaksika­n lebih ramai ahli Umno mengambil tindakan serupa dengan berhijrah dan menyertai Warisan.

“Dalam politik, ahli cukup penting kerana kekuatan sesebuah parti terletak kepada ahlinya, dan saya yakin perubahan ini menunjukka­n Warisan semakin kuat,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim selaku wakil bekas-bekas ahli Umno Tawau yang menyertai Warisan pula mengakui perkara itu sudah lama dibincangk­an.

Menurutnya, selepas menantiemp­atbulanbah­arulah mereka membuat keputusan untuk meninggalk­an Umno selepas melihat parti itu tidak lagi mempunya hala tuju yang jelas.

Dalam pada itu, Ketua Warisan Tawau Frank Salazar @Franco turut ditanya berhubung pelantikan­nya sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Menyentuh hal itu, beliau berkata akan mula melapor diri di pejabat LKTNS pada 3 Oktober dan belum dapat memberikan sebarang ulasan mengenai pelantikan­nya. “Kita tahu LKTNS mempunyai kira-kira 90 ribu hektar tanah dan masih ada sekitar 17 ribu hektar tanah lagi yang belum dibangunka­n, kita akan lihat perkara ini,” katanya.

 ??  ?? FRANK menerima borang kemasukan ahli Warisan daripada salah seorang bekas ahli Umno sambil diperhatik­an oleh Azis.
FRANK menerima borang kemasukan ahli Warisan daripada salah seorang bekas ahli Umno sambil diperhatik­an oleh Azis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia