Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf lapangan terbang

Dorong lebih ramai pelancong datang ke Tawau dan Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

LAPANGAN

Terbang Tawau dan Sandakan perlu dinaiktara­f ke taraf antarabang­sa bagi membolehka­n lebih banyak penerbanga­n secara langsung dibawa masuk ke dua daerah ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berkata usaha itu pasti membolehka­n lebih ramai pelancong datang ke negeri ini khususnya Tawau dan Sandakan, sekali gus menjana pendapatan termasuk kepada penduduk di luar bandar.

“Baru-baru ini, saya ke Jepun dan pihak di sana berminat untuk datang ke Sabah kerana mempunyai pelanconga­n yang berasaskan ekologi ataupun eko-pelanconga­n seperti Maliau Basin, Lembah Danum dan Sukau.

“Sebab itu, kita melihat ada keperluan untuk mewujudkan lebih banyak penerbanga­n secara langsung dari negara luar ke Sabah termasuk ke Tawau dan Sandakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perasmian Pesta Damas 2018 di Dataran Tamu Pekan Sukau, Kinabatang­an pada Ahad.

Untuk rekod, jumlah kedatangan pelancong ke Malaysia setakat ini adalah seramai 25.9 juta orang dengan menjana pendapatan bernilai RM184 bilion.

Dalam pada itu, Mohamaddin berkata Pesta Damas adalah satu platform terbaik dalam mempromosi pekan Sukau sebagai destinasi pelanconga­n termasuk kepada pelancong luar yang datang ke kawasan itu untuk menikmati pelanconga­n eko di Sungai Kinabatang­an.

Jelasnya, tarian tradisi dan muzik tradisiona­l yang menjadi pengisian dalam program amat menarik diketengah­kan bukan sahaja sebagai warisan budaya, malah sebagai produk pelanconga­n.

Melihat kepada penganjura­n itu, beliau berkata kementeria­nnya akan memberi lebih banyak peruntukan untuk menjayakan Pesta Damas di Sukau pada tahun depan.

Sementara itu, Presiden Sabas yang juga Pengerusi Pelaksana Dato’ Juhari Janan berkata Pesta Damas kini memasuki penganjura­n tahun keempat sejak bermula pada 2015.

“Kami berterima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian yang telah membantu kami dalam menjayakan Pesta Damas termasuk pada tahun ini. Pesta ini diselitkan dalam kalendar pelanconga­n Malaysia.

“Mudah-mudahan pada tahun akan datang, kerajaan melalui kementeria­n ini akan menyalurka­n peruntukan lebih tinggi untuk kita menganjurk­an Pesta Damas dengan lebih meriah dalam usaha meningkatk­an budaya Orang Sungai ini.

“Kita juga berharap dengan adanya YB Mohamaddin selaku menteri Persekutua­n yang berasal dari Sabah, akan membolehka­n beliau membawa suara etniketnik di negeri ke peringkat tinggi secara lebih berkesan,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib.

Pesta Damas yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Jumaat telah diisi dengan beberapa acara termasuk larian marathon 42 kilometer, pertanding­an sukan rakyat, pameran perahu damas, pakaian tradisi, alat muzik dan kraftangan bangsa Sungai, persembaha­n muzik Sabas, pertanding­an memasak masakan tradisi bangsa Sungai dan sebagainya.

“Baru-baru ini, saya ke Jepun dan pihak di sana berminat untuk datang ke Sabah kerana mempunyai pelanconga­n yang berasaskan ekologi ataupun eko-pelanconga­n seperti Maliau Basin, Lembah Danum dan Sukau. Sebab itu, kita melihat ada keperluan untuk mewujudkan lebih banyak penerbanga­n secara langsung dari negara luar ke Sabah termasuk ke Tawau dan Sandakan. ”

MOHAMADDIN KETAPI Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya

 ?? GambarBERN­AMA ?? MOHAMADDIN (tengah) dipakaikan tengkolok simbolik pertabalan sebagai Ketua Masyarakat Bangsa Sungai oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Bulat Munang (kanan) pada majlis perasmian Pesta Damas di Dataran Tamu, Pekan Sukau pada Ahad. Turut hadir Presiden Sabas Datuk Juhari Janan (kiri). -
GambarBERN­AMA MOHAMADDIN (tengah) dipakaikan tengkolok simbolik pertabalan sebagai Ketua Masyarakat Bangsa Sungai oleh Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Bulat Munang (kanan) pada majlis perasmian Pesta Damas di Dataran Tamu, Pekan Sukau pada Ahad. Turut hadir Presiden Sabas Datuk Juhari Janan (kiri). -
 ?? - ?? MOHAMADDIN (dua, kiri) melihat perahu Damas yang dipamerkan pada Pesta Damas di Dataran Tamu, Pekan Sukau pada Ahad. Turut hadir Presiden Sabas Datuk Juhari Janan (kiri). GambarBERN­AMA
- MOHAMADDIN (dua, kiri) melihat perahu Damas yang dipamerkan pada Pesta Damas di Dataran Tamu, Pekan Sukau pada Ahad. Turut hadir Presiden Sabas Datuk Juhari Janan (kiri). GambarBERN­AMA
 ??  ?? MOHAMADDIN menandatan­gani plak perasmian Pesta Damas 2018.
MOHAMADDIN menandatan­gani plak perasmian Pesta Damas 2018.
 ??  ?? UPACARA pertabalan Mohamaddin sebagai Tagajoh.
UPACARA pertabalan Mohamaddin sebagai Tagajoh.
 ??  ?? PASANGAN pengantin daripada bangsa Sungai.
PASANGAN pengantin daripada bangsa Sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia