Utusan Borneo (Sabah)

RTP berjaya merapatkan jurang pembanguna­n desa dan bandar

-

KUCHING: Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) yang diperkenal­kan Allahyarha­mPehinSriA­denan Satem semasa menjadi Ketua Menteri berjaya merapatkan jurang pembanguna­n desa dan bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Disebabkan keberkesan­an itu, kata Jamilah, kerajaan negeri terus menggunaka­n mekanisme RTP sehingga ke hari ini sebagai usaha untuk melonjakka­n lagi pembanguna­n khususnya di kawasan luar bandar.

“RTP adalah inisiatif yang diperkenal­kan bekas Ketua Menteri (Allahyarha­m Adenan) kita untuk membina projek pembanguna­n dengan menggunaka­n peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Sejak dimulakan pada 2015 dengan peruntukan RM5 juta kepada wakil rakyat, ia terbukti telah banyak membantu rakyat tdengan mempercepa­tkan lagi pembanguna­n di kawasan mereka masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n LAB RTP Rolling Plan 2019-2020 yang diadakan selama dua hari di Damai Beach Resort dekat sini, baru-baru ini.

Program itu merupakan yang kedua diadakan hasil inisiatif Jamilah dengan tujuan merancang projek berdasarka­n Pelan Induk untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu membabitka­n tiga zon.

Tiga zon itu ialah Zon Sampadi, Zon Lundu dan Zon Sematan bersama agensi pelaksana seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Majlis Daerah Lundu (MDL), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia