Utusan Borneo (Sabah)

Semak sistem pendidikan agar sejajar perubahan semasa

Ia harus berdasarka­n pemusatan terhadap kanak-kanak atau pelajar, tumpu keperluan kuasai kemahiran: Fatimah

-

MUKAH: Sistem pendidikan secara keseluruha­nnya harus disemak semula sejajar dengan perubahan semasa.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia harus berdasarka­n pemusatan terhadap kanakkanak atau pelajar.

“Sistem pendidikan sekarang ini haruslah menekankan perkembang­an potensi individu secara holistik dan bersepadu,” katanya pada Majlis Penghargaa­n dan Hari Guru Peringkat Daerah Dalat di Kingwood Resort Mukah pagi pada Sabtu.

Fatimah berkata, sistem pendidikan juga mesti memberikan kesan secara terus terhadap keperluan menguasai kemahiran semasa seperti teknologi maklumat, menguasai pelbagai bahasa serta berfikir secara analitikal, kritikal dan kreatif.

“Selain memberikan pengetahua­n, pendidikan juga perlu berasaskan nilai iaitu rasa hormat, patriotik, nilai Rukun Negra dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Tidak dapat tidak, penilaian juga dilakukan bertujuan untuk melihat perkembang­an pembelajar­an seseorang pelajar dan bukannya dibuat untuk menilai kedudukann­ya atau sekolah, jelasnya.

Untuk peperiksaa­n awam

“Sistem pendidikan sekarang ini haruslah menekankan perkembang­an potensi ” individu secara holistik dan bersepadu DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

kata Fatimah, ia juga hanya dilaksanak­an untuk tingkatan lima atau Sijil Pelajaran Malaysia serta ujian kelayakan kemasukan ke institusi pendidikan awam sahaja.

Beliau turut memberi penekanan terhadap pembelajar­an di peringkat awal kanak-kanak yang harus dilakukan dalam suasana pembelajar­anmenyeron­okkan dan tidak terlalu rigid.

Bagaimanap­un kata Fatimah, semua itu harus bermula dengan memperkasa­kan pejabat pelajaran peringkat negeri mahupan aerah yang harus diselarika­n dengan kurikulum kebangsaan.

 ??  ?? FATIMAH (tiga kanan) ketika memotong kek tanda perasmian majlis tersebut.
FATIMAH (tiga kanan) ketika memotong kek tanda perasmian majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia