Utusan Borneo (Sabah)

Miri banteras rabies meskipun hanya dua anjing diuji positif

-

MIRI: Miri akan membantera­s virus rabies atau anjing gila meskipun hanya dua anjing diuji positif virus itu Khamis lalu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Seni dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata semua agensi kerajaan berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan seperti Zero Strays akan melaksanak­an langkah sewajarnya mengelakka­n jangkitan virus itu.

“Setakat ini, sampel daripada 16 anjing di Piasau Jaya dan Lutong Shell sudah diuji dan dua daripadany­a positif rabies.

“Justeru, kita menggemble­ng tenaga dengan semua pihak bersama menangani virus ini sebelum menjangkit­i manusia,” katanya semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Miri di Pejabat Residen Bahagian Miri pada Jumaat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting, Timbalan Bahagian Residen Miri Nyurak Keti, Timbalan DatukBanda­rMajlisBan­daraya Miri (MBM) Julaihi Mohamad dan Setiausaha MBM Morshidi Fredrick, Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Dr Stephen Gabriel dan Pegawai Veterinar Bahagian Dr Sylmie Al-Harir, Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong dan wakil Zero Strays, Solvanna Kho.

Lee menambah, antara aktiviti diadakan ialah vaksinasi anjing secara besar-besaran, menangkap semua anjing dalam radius 10 kilometer dari Lutong dan Piasau Jaya serta pengaktifa­n Bilik Operasi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Miri.

“Kita perlu mengambil langkah drastik kerana keselamata­n orang awam amat penting justeru kita memerlukan kerjasama orang awam,” katanya sambil mengingatk­an pemilik anjing memberi suntikan vaksin.

Vaksin boleh dilakukan secara percuma di Jabatan Veterinar Pusat Komersil Pelita di sini mulai jam 8.30 hingga 11.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubung­i 085-411866.

Sementara itu, MBM meningkatk­an unit menangkap anjing liar mulai jam 8 pagi hingga 10 malam. Semua anjing berkeliara­n di tempat awam ditangkap dan disimpan di perlindung­an sementara dan sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 48 jam, akan dihapuskan.

Orang awam yang memerlukan bantuan untuk memindahka­n anjing boleh menghubung­i talian utama MBM yang dibuka 24 jam iaitu 019-8960370 atau waktu pejabat 085-424111.

Selain itu, Zero Strays secara sukarelawa­n menangkap anjing liar termasuk kira-kira 4,000 anjing di bawah program TNR (Trapped, Neutered and Released).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia