Utusan Borneo (Sabah)

MBM tingkatkan usaha dua kali ganda tangani masalah anjing liar

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) meningkatk­an usaha dua kali ganda untuk menangani masalah anjing liar berikutan pengumuman Miri sebagai kawasan jangkitan baharu virus rabies di negeri ini.

Datuk Bandarnya, Adam Yii berkata, setakat Ogos tahun ini MBM telah mengeluark­an sebanyak 2,369 lesen memiliki anjing iaitu 1,394 anjing jantan dan 975 anjing betina.

“Sehingga kelmarin (27 September), MBM berjaya menangkap sebanyak 921 anjing liar dari beberapa kawasan sekitar di sini.

“Berikutan wabak rabies dikesan di sini kita menasihatk­an pemilik anjing terbabit memastikan haiwan peliharaan mereka tidak keluar dari kawasan rumah bagi mengelak jangkitan,” katanya di sini pada Jumaat.

Dua kawasan di sini disahkan positif rabies ialah Lutong Shell dan Piasau Jaya.

Adam ketika dihubungi masih berada di luar negara menambah, beliau akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata MBM bekerjasam­a dengan kontraktor memindahka­n anjing liar selain mendapatka­n bantuan agensi berkaitan sekiranya perlu.

“Kita akan mengandaka­n usaha memastikan kawasan utama seperti pasar dan sekolah bebas daripada anjing liar,” katanya.

Padamasasa­ma,beliaumahu pemilik anjing bekerjasam­a termasuk melaporkan anjing yang mempunyai simptom terkena jangkitan virus selain mendapatka­n rawatan secepat mungkin sekiranya digigit.

Adam turut mengingatk­an agar pemilik anjing memberi suntikan vaksin untuk mengelak jangkitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia