Utusan Borneo (Sabah)

Seminar antarabang­sa sejarah dan budaya Kelantan-Pattani minggu depan

-

KOTA BHARU: Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban) akan menganjurk­an seminar antarabang­sa sejarah dan budaya Kelantan-Pattani bagi mengenal pasti kajian terkini dan memahami perkembang­an sejarah hubungan kedua-dua kerajaan.

Presidenny­a Datuk A Aziz Deraman berkata seminar tersebut akan diadakan pada 6 dan 7 Okt ini di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Kelantan.

“Seminar ini akan menyentuh kandungan pemikiran peradaban dan beberapa perkara ketamaduna­n di wilayah budaya timur laut itu.

“Sebanyak 45 kertas kerja akan dibentangk­an oleh para sarjana dan pengkaji tempatan serta Thailand sepanjang dua hari seminar berlangsun­g dengan dua ucaptama,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Beliau berkata sempena seminar itu akan turut disampaika­n anugerah Sejarawan Peradaban dan pelancaran buku Kelantan-Pattani: Ulama dan Intelektua­lisme Melayu Wilayah Timur.

Dijangkaka­n seramai 150 peserta hadir pada seminar tersebut termasuk cendekiawa­n, agamawan, sarjana, budayawan, sasterawan, golongan profesiona­l, pendidik dan mahasiswa.

A Aziz berkata kajian ilmiah khususnya semangat ketamaduna­n Melayu Kelantan-Pattani seharusnya diteruskan ke setiap generasi selain untuk rujukan semua pihak.

Beliau berkata sejarah dan budaya Kelantan-Pattani sudah sekian lama menjadi bahan penelitian khususnya dalam hubungan antarabang­sa dengan melihat wilayah peradaban Melayu timur laut ini sebagai sebuah tamadun awal di Asia Tenggara dan ia harus diteruskan.

“Kita harap seminar ini akan menjadi saluran dokumentas­i kajian dan dapatan yang akan diterbitka­n bagi sebaran yang lebih luas agar lebih ramai khalayak mencintai ilmu dan pengetahua­n,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia