Utusan Borneo (Sabah)

La Liga: Barca, Real akur dengan satu mata

-

LONDON, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menyokong pemain remaja kelab, Phil Foden untuk menyerlah dalam tempoh 10 tahun ini selepas beraksi cemerlang pada perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Oxford Selasa lepas.

Foden dipilih pemain terbaik perlawanan pusingan ketiga itu dan melengkapk­an aksi cemerlang dengan gol sulung bersama skuad senior ketika City menang 3-0.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu juga terlibat dengan dua gol pertama City yang dijaringka­n oleh Gabriel Jesus dan Riyad Mahrez.

Foden, pemain skuad Bawah 19 Tahun England, sudah dibayangka­n akan menyerlah sebelum ini tetapi beliau masih belum dapat menembusi kesebelasa­n utama City dengan barisan bintang sedia ada ketika ini.

TetapiGuar­diola,yangmember­ikan penampilan kesebelasa­n utama yang pertama Foden sejak Piala Perisai Komuniti, yakin pemain muda berbakat itu akan menjadi bintang utama di Stadium Etihad untuk tahuntahun akan datang.

“Cara beliau meraikan gol pertama beliau adalah seperti di final Piala Dunia dan ia adalah kerana beliau adalah peminat City,” Guardiola.

“Impian saya ialah untuk beliau terus kekal selama 10 tahun dan jika Phil kekal untuk 10 tahun, beliau boleh – pada dekad akan datang – bermain dengan kerap dan selepas itu saya tidak tahu apa yang akan berlaku dengannya.”

Pengurus Oxford, Karl Robinson membanding­kan Foden dengan bekas bintang tengah Barcelona, Andreas Iniesta, walaupun Guardiola enggan membuat sebarang perbanding­an yang sama.

“Ia pujian yang sangat tinggi. Saya sudah berkata banyak kali di mana saya gembira dengan permainan Phil,” kata Guardiola.

“Ia bukan mudah untuk berkata beliau akan menjadi seperti Andres Iniesta kerana ia akan memberikan tekanan ke atasnya, Iniesta adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah saya lihat dalam hidup saya, jadi kami tidak mahu memberikan tekanan ke atas Phil.

“Tetapi beliau mempunyai kualiti untuk terus kekal di sini untuk 10 tahun kerana saya fikir beliau mahu terus kekal. Saya fikir kelab mahu beliau terus kekal tetapi selangkah demi selangkah, beliau perlu bermain dengan kerap dan saya fikir beliau mempunyai semua kemahiran untuk bermain dengan kami.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia