Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n program Mesej ubah nasib peserta

Pelaksanaa­n program Mesej ubah nasib peserta

-

PENGENALAN program Mini Estate Sejahtera (Mesej) di negeri ini beberapa tahun yang lalu telah memberi peluang kepada peserta terdiri daripada Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) untuk membina kehidupan baharu yang lebih baik.

Sebagai contoh, Mesej Bunang bukan sahaja berjaya membantu meningkatk­an pendapatan peserta program Mesej, tetapi juga dapat mengeluark­an peserta daripada garis kemiskinan tegar.

Ia terbukti apabila pendapatan peserta Mesej itu menunjukka­n peningkata­n yang ketara lima kali ganda iaitu daripada sekitar RM200 sebulan sebelum menyertai program itu kepada lebih RM1,000 sebulan.

Seorang daripada 33 peserta Mesej Bunang Petrus Yuyah yang berasal dari Kampung Minopir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan berkata, beliau mula berhijrah ke Mesej Bunang pada tahun 2012, selepas melalui proses temuduga dan tapisan daripada pihak Pejabat Daerah Keningau.

“Pada ketika itu, pendapatan saya sekitar RM250 hingga RM400 sebulan tetapi setelah menyertai Mesej Bunang, pendapatan saya telah meningkat sehingga RM1,200 sebulan.

“Terima kasih kepada kerajaan khususnya SLDB, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah, Pejabat Daerah dan semua agensi yang terlibat menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick di Mesej Bunang Keningau.

Seorang lagi peserta, Severinus Ambrose dari Kampung

Bakiau berkata, pendapatan bulanannya kini jauh lebih baik berbanding sebelum menyertai program Mesej Bunang.

“Kalau dulu, semasa bekerja sendiri mengusahak­an tanaman sayur-sayuran di kampung, pendapatan saya tidak menentu. Kadang-kadang RM100 sebulan dan kadangkada­ng langsung tiada.

“Tetapi bila terpilih sebagai peserta di Mesej Bunang, pendapatan saya meningkat sehingga RM1,000. Program ini benar-benar membantu mengubah kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

Begitu juga dengan Jaliah Muadin, ibu kepada tiga orang anak. Beliau berterima kasih kepada kerajaan atas usaha menyediaka­n pelbagai kemudahan untuk keselesaan para peserta di Mesej Bunang.

“Di sini banyak kemudahan disediakan, selain menerima pendapatan tetap, kebajikan peserta juga dijaga dengan baik. Misalnya, anak kami pergi sekolah dengan keselamata­n terjamin, sebab ada bas sekolah yang mengambil dan menghantar mereka ke sekolah.

“Kalau di kampung dulu, tambang bas sekolah untuk anak saya sebanyak RM120 setiap bulan tapi sekarang saya tidak perlu risau lagi kerana bas sekolah percuma disediakan untuk anakanak peserta Mesej Bunang.

“Selain itu, kita pergi hospital pun ada kenderaan disediakan untuk menghantar dan mengambil peserta Mesej yang memerlukan rawatan di hospital,” katanya.

Dari segi pendapatan, Jaliah berkata sebelum menyertai program itu, beliau tiada pendapatan tetap dan hanya memperoleh­i sekurangku­rangnya RM250 sebulan hasil pendapatan menoreh getah.

“Tetapi selepas menyertai Mesej Bunang, alhamdulli­lah pendapatan saya boleh mencapai sehingga RM900 sebulan dan saya sudah mampu membeli sebuah motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata Mesej Bunang yang mengusahak­an tanaman sawit merupakan antara yang paling berjaya di antara 52 Mesej seluruh Sabah.

Katanya, kejayaan itu dapat dilihat menerusi peningkata­n purata pendapatan kesemua peserta Mesej iaitu dari RM727 sebulan pada 2013 kepada RM1,079 sebulan pada 2018.

“Pada pendapat saya, Mesej Bunang I adalah antara satu daripada kesemua Mesej di seluruh Sabah yang paling berjaya kerana KPLB Sabah secara konsisten membayar dividen kepada seramai 33 peserta.

“Selain disediakan rumah, bekalan elektrik, air dan jalan raya yang selesa, turut disediakan di Mesej Bunang I ialah bas sekolah untuk menghantar anakanak peserta ke sekolah,” katanya.

Ewon yang juga Adun Kadamaian mahu agar para peserta Mesej Bunang mempelbaga­ikan aktiviti pertanian untuk menambah sumber pendapatan mereka.

“Memandangk­an kos sara hidup semakin meningkat, kita mahu membantu para peserta Mesej di sini untuk mempelbaga­ikan aktiviti pertanian dan penternaka­n yang bersesuaia­n bagi meningkatk­an lagi pendapatan bulanan mereka,” katanya.

Beliau turut memuji usaha dan kerjasama semua jabatan serta agensi berkaitan yang membantu membangunk­an Mesej Bunang.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH peserta Mesej Bunang. (Gambar atas) EWON bersama sebahagian penduduk Mesej Bunang.
RUMAH peserta Mesej Bunang. (Gambar atas) EWON bersama sebahagian penduduk Mesej Bunang.
 ??  ?? JALIAH
JALIAH
 ??  ?? SEVERINUS
SEVERINUS
 ??  ?? PETRUS
PETRUS
 ??  ?? EWON melawat rumah peserta Mesej Bunang.
EWON melawat rumah peserta Mesej Bunang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia