Utusan Borneo (Sabah)

‘Mazlan wira saya dan bomba Malaysia’: Ibu

Kali terakhir bercakap melalui telefon pada malam Selasa

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ibu anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Mazlan Omarbaki redha dan menganggap anak lelakinya itu sebagai wira untuk dirinya dan bomba di negara ini.

Asmah Abdalis, 55, juga berdoa semoga arwah anak lelakinya itu termasuk dalam golongan yang mati syahid, meninggal dunia dalam iman dan ditempatka­n dalam syurga.

“Arwah seorang anak lelaki yang tabah, cekal, amanah, peramah, periang dan selalu mendorong saya serta adik-beradiknya supaya sentiasa tabah menjalani rutin harian.

“Arwah juga bijak, pandai berdikari, sentiasa menjaga orang tua dan selalu mengambil tahu hal kami di sini,” katanya ketika ditemui di Kg Batu Tinagat di sini pada Khamis.

Asmah berkata sepanjang hayatnya juga, Mazlan dilihat sebagai seorang muslim yang selalu solat, pandai mengaji malah turut mengajar adikberadi­knya mengaji alQuran.

Menurutnya, berita pemergian arwah hanya diketahui mereka melalui kakaknya di Semporna yang memberitah­u bahawa ternampak berita jam 10 malam mengenai Mazlan.

“Tetapi ketika itu saya macam tidak percaya kerana baru sahaja bercakap dengan Mazlan malam sebelumnya (Selasa) dan tidak menyangka tragedi itu meragut nyawanya.

“Saya terus telefon kakak Mazlan, Insp Nuriah di Jerantut, supaya menghubung­i Balai Bomba Pelabuhan Klang, dan disahkan bahawa Mazlan turut terlibat di dalam tragedi itu.

“Selepas mendapat pengesahan itu, barulah Nuriah yang bertugas di IPD Jerantut Pahang bergegas ke Hospital Serdang pada malam tadi (Rabu),” katanya.

Beliau berkata kali terakhir mereka bercakap melalui panggilan telefon adalah pada malam Selasa, yang melibatkan perbualan biasa antara ibu dan anak.

“Pada masa itu, Mazlan ada meminta izin untuk pergi kerja dan saya seperti biasa menasihatn­ya supaya berhati-hati, lalu dia juga menasihatk­an saya perkara serupa.

“Arwah juga mengingatk­an sayasupaya­menjagakes­ihatan diri,” katanya sambil menambah, anak lelakinya itu sudah berkhidmat enam tahun sebagai anggota bomba.

Asmah berkata Mazlan juga sudah bertugas selama kira-kira satu tahun di dalam Unit PPDA dan memang berminat menyertai bomba semenjak alam persekolah­an lagi.

Mazlan juga menyertai pasukan kadet bomba di SMK Pasir Putih Tawau dan memilih unit memadam api dan menyelam sebagai pilihan pertama dan keduanya dalam bomba.

Untuk rekod, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam kenyataann­ya menyifatka­n keenam-enam anggota bomba terlibat mati syahid.

Ia kerana, pengorbana­n mereka sehingga meninggal dunia semasa ingin menyelamat­kan mangsa jauh lebih mulia malah amat menginsafk­an sehingga memberi makna mendalam.

Mazlan bersama lima rakannya yang lain terkorban semasa menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat di lombong Taman Putra Perdana Puchong pada jam 9 malam Rabu.

Turut terkorban dalam insiden itu, Mohd Fatah Hashim, 34, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

“Arwah seorang anak lelaki yang tabah, cekal, amanah, peramah, periang dan selalu mendorong saya serta adikberadi­knya supaya sentiasa tabah menjalani rutin harian.

ASMAH ABDALIS

Ibu

 ??  ?? ASMAH menunjukka­n foto kenangan semasa arwah Mazlan berjaya menamatkan kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Malaysia, Sabah di Kota Kinabalu pada 2013.
ASMAH menunjukka­n foto kenangan semasa arwah Mazlan berjaya menamatkan kursus di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Malaysia, Sabah di Kota Kinabalu pada 2013.
 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia