Utusan Borneo (Sabah)

Janna Nick dalam telemovie ‘Aku Bukan Orang Gaji’ di TV1

-

PROJAM Studio telah menyambut ulang tahun kelapan pada 29 September lepas dalam suasana ceria dan meriah, dengan kehadiran beberapa rakan artis.

Antara artis yang hadir ialah Melissa Francis, Hairee Francis dan Lucy M, yang sempat menghiburk­an para hadirin secara ‘live’.

Pengurus Projam Studio, Abdul Razis Mahsin berkata, beliau amat bersyukur kerana Projam Studio mampu bertahan sehingga kini.

“Pada tahun ini, Projam Studio telah berusia lapan tahun dan terus kekal bertahan sehingga kini.

“Terima kasih kepada semua pelanggan dan juga rakan-rakan yang telah memberikan sokongan selama ini,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Ajis The Crew.

Projam Studio yang bertempat di Lot 1296, Tingkat 1, Lorong Tunku Abdul Rahman 8B1 ditubuhkan pada tahun 2011. Dengan bermodalka­n kira-kira RM50,000, Ajis mengusahak­an studio ini bersama isterinya, Siti Faezah Abdullah @ CT Projam.

Pada permulaann­ya, Projam Studio ini menjadi tempat ‘jamming’ sematamata, selain turut menjual alat muzik dan baju.

Bagi menyambut ulang tahun kelapan, studio ini telah diubahsuai awal September lepas, dengan menyediaka­n lebih banyak kemudahan seperti Coffee Bar dan My Mini Boutique.

Projam Studio turut menjadi syarikat penaung kepada kumpulan The Crew dan juga artis solo Penny Prescilla.

Menyentuh mengenai album baharu The Crew, Ajis berkata mereka kemungkina­n mengeluark­an album baharu pada tahun depan.

“The Crew baharu sahaja mengeluark­an single terbaru iaitu ‘Pengeran Ati’ barubaru ini,” ujarnya sambil menambah sambutan yang diterima setakat ini amat baik.

The Crew sebelum ini pernah mengeluark­an dua buah album iaitu ‘Protagonis’ dan ‘Diatu Ila’. Album ‘Protagonis’ ini telah melonjakka­n nama The Crew dengan lagu hits ketika itu ‘Nadai Agi’.

Menurut Ajis, masalah cetak rompak terus membelengg­u artis dan syarikat rakaman tempatan untuk mengeluark­an album baharu.

“Kita masih lagi mengumpul bahan untuk album baharu dan mungkin tahun depan album ini dapat dikeluarka­n,” jelasnya.

Selain The Crew dan Penny, Projam Studio turut menawarkan khidmat rakaman lagi bagi Melissa Francis, Lucy M, Gabriel Fairuz Louis, Mark Bennet, Afee U-Topia,

Swan Angel, Teresak

Borneo dan Frederick

Sut.

 ??  ??
 ??  ?? hadirian yang hadir. HADIRIN terhibur dengan persembaha­n ‘live’ oleh Ajis dan juga Hairee.
hadirian yang hadir. HADIRIN terhibur dengan persembaha­n ‘live’ oleh Ajis dan juga Hairee.
 ??  ?? AJIS (dua kiri) dan CT Projam (dua kanan) bersama rakan artis yang hadir. MELISSA (tengah) sambil diiringi oleh Ajis (kiri) dan Hairee membuat persembaha­n secara live.
AJIS (dua kiri) dan CT Projam (dua kanan) bersama rakan artis yang hadir. MELISSA (tengah) sambil diiringi oleh Ajis (kiri) dan Hairee membuat persembaha­n secara live.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA
ANTARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia