Utusan Borneo (Sabah)

Latihan lebih berkesan, elak tragedi lemas berulang

PM sifatkan kes sebagai tragedi menyedihka­n

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap latihan yang lebih berkesan perlu diadakan agar tragedi yang melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat tidak berulang pada masa hadapan.

Merujuk kepada tragedi yang melibatkan enam anggota JBPM yang meninggal dunia ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, beliau menyifatka­n ia tragedi

“Kita anggap ini satu tragedi dan meminta agar keluarga mangsa bersabar kerana kemalangan berlaku. Kita berharap ia tidak akan berulang lagi. ” Takziah kepada keluarga mangsa.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

yang menyedihka­n.

“Ini adalah tragedi yang menyedihka­n. Kita belum tahu kenapa enam orang tenggelam dalam satu usaha untuk menyelamat­kan seorang yang hilang.

“Kita anggap ini satu tragedi dan meminta agar keluarga mangsa bersabar kerana kemalangan berlaku. Kita berharap ia tidak akan berulang lagi. Takziah kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Asean mengenai Pengurusan Bencana yang keenam di sini pada Khamis.

Hadir sama ialah Timbalan. Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada bantuan akan disalurkan kepada keluarga mangsa, Dr Mahathir berkata kerajaan akan melihat perkara itu.

Enam penyelam PPDA maut ketika menjalanka­n operasi SAR seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam Rabu.

Tragedi itu adalah yang pertama dalam sejarah jabatan itu melibatkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia