Utusan Borneo (Sabah)

HAD UMUR KAHWIN KEKAL

18 tahun bagi lelaki, 16 tahun perempuan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Mesyuarat Kabinet kerajaan negeri memutuskan had umur minimum perkahwina­n di Sabah kekal pada usia 18 tahun bagi lelaki dan 16 bagi perempuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal (gambar) berkata, pihaknya memutuskan perkara itu selepas mendengar penjelasan daripada Mufti Negeri Sabah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Katanya, apa yang dinyatakan pihak mufti sebelum ini hanyalah pandangan peribadi.

“Mufti menjelaska­n perkara itu adalah pandangan peribadi beliau sebagai seorang tokoh agama dan ia bukannya fatwa.

“Beliau (Bongsu) berpandang­an boleh mengikut umur 18 dan 16 tahun tetapi ada juga pilihan dalam keadaan tertentu dibolehkan berkahwin pada usia 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

“Perkara itu perlu dilihat dari sesetengah tempat yang melibatkan adat, budaya atau masalah keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama Majlis Tindakan Negeri di sini pada Khamis.

Shafie berkata, kerajaan negeri sepakat untuk memastikan keputusan mengekalka­n had umur minimum perkahwina­n 18 tahun dapat diteruskan.

Pada 22 September lepas, Bongsu mencadangk­an supaya had umur perkahwina­n diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

Bagaimanap­un, kenyataan beliau itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin, badan bukan kerajaan (NGO), dan juga masyarakat.

Kebanyakan­nya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Bongsu dan menganggap cadangan berkenaan sebagai tidak wajar.

Sementara itu, kerajaan negeri juga akan memperkema­skan semula koordinasi pelaksanaa­n projek yang membabitka­n jabatan di kementeria­n Persekutua­n dan juga negeri.

Menurutnya, langkah itu bagi menangani kekangan yang menyebabka­n proses pelaksanaa­n sesuatu projek terbantut.

“Jawatankua­sa yang dibentuk ini penting bagi membolehka­n kerjasama erat antara agensi kerajaan pusat dan negeri dalam memantau projek di negeri ini.

“Pada masa sama, perkhidmat­an kepada rakyat dapat ditingkatk­an dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, bagi projek yang membabitka­n Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi di Sabah, sebahagian besar projek yang dilaksanak­an di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah selesai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia