Utusan Borneo (Sabah)

Hasrat arwah Mazlan tidak kesampaian

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Arwah Mazlan Omarbaki sudah berhasrat untuk membeli rumah di Bandar Sri Indah (BSI) Batu 10 Jalan Apas dan meminta ibunya mencarikan­nya jodoh orang Sabah.

Malah, arwah juga pernah berpesan supaya adik beradiknya yang lain sentiasa tabah dan meneruskan kehidupan jika dia yang meninggal dunia terlebih dahulu semasa bertugas.

Perkara itu didedahkan Razaiah Omarbaki, 33, kakak sulung kepada Mazlan yang terkorban semasa menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA).

Razaiah berkata adik lelakinya itu menggalas tugas sebagai ketua keluarga semenjak pemergian ayah mereka pada 2012 dan menyimpan impian bertugas di Sabah.

“Arwah mempunyai rancangan untuk membeli rumah di BSI dan kini masih dalam proses pengambila­n dan kebetulan proses guaman juga baharu sahaja selesai kelmarin (Rabu).

“Saya ada mengirimka­n pesanan teks WhatsApp kepada arwah mengenai perkara ini pada kira-kira jam 12 tengahari, dan dia balas kemudian pada jam 4 petang dengan ‘OK’.

“Sebab itu, kami terkejut saat menerima perkhabara­n ini (berita Mazlan meninggal dunia semasa bertugas menyelamat­kan mangsa di lombong),” katanya, semasa ditemui di sini.

Razaiah berkata adik lelakinya itu juga menyimpan hasrat untuk berkahwin dan meminta ibu mereka memilih jodohnya dengan orang Sabah untuk mendirikan rumah tangga.

“Arwah juga sebenarnya teringin untuk bertugas di Sabah, sehinggaka­n setiap tahun membuat permohonan penukaran supaya dapat berkhidmat di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata arwah semasa hayatnya begitu teringin untuk membawa ibu dan adik-beradiknya tinggal bersama-sama di rumah baharu mereka (BSI).

Menurutnya, Mazlan juga selalu bertindak sebagai ketua keluarga selepas ketiadaan bapa mereka dan seringkali memberikan teguran serta nasihat kepada adik-beradiknya.

“Kali terakhir dia balik ke Tawau pada bulan Ogos, tetapi tidak ada tanda-tanda yang pelik ditunjukka­nnya, selain selalu meluangkan masanya melihat pantai dan laut.

“Setiap kali pulang, arwah suka makan nasi kuning ikan dan ayam rendang yang ibu sediakan dan dia beritahu berasa tenang jika melihat pantai dan laut,” katanya.

Menyentuh pemergian adik lelakinya, Razaiah berkata mereka sekeluarga menerima dengan terbuka dan menganggap arwah sudah membanggak­an ahli keluargany­a.

 ??  ?? RAZAIAH (dua kiri) bersama adik-beradik dan anak saudara arwah Mazlan ditemui pemberita di kediaman makciknya di Kg Batu Tinagat Tawau. Turut kelihatan, ibu arwah, Asmah Abdalis yang memegang foto kenangan mereka sekeluarga.
RAZAIAH (dua kiri) bersama adik-beradik dan anak saudara arwah Mazlan ditemui pemberita di kediaman makciknya di Kg Batu Tinagat Tawau. Turut kelihatan, ibu arwah, Asmah Abdalis yang memegang foto kenangan mereka sekeluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia