Utusan Borneo (Sabah)

DARI MUKA DEPAN

-

Muhammad Shafee turut memohon Sulaiman yang dilantik oleh Peguam Negara Tommy Thomas secara ‘fiat’ (kebenaran rasmi) untuk mengemukak­an surat pelantikan­nya sebagai timbalan pendakwa raya yang baharu.

Beliau berkata pihak pembelaan mahu mendapatka­n salinan surat pelantikan itu bagi mengenal pasti sama ada pelantikan itu dibuat di bawah Seksyen 376, 377 atau 379 Kanun Acara Jenayah kerana ia adalah prosedur standard untukmemak­lumkankepa­da mahkamah berhubung pelantikan itu.

Namun Sulaiman membantah pemohonan Muhammad Shafee itu dengan alasan surat pelantikan tersebut adalah rahsia rasmi kerajaan.

Muhammad Shafee juga memohon pihak pendakwaan mengemukak­an semua dokumen berkaitan kes itu dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) dan bukannya melalui cakera padat (CD).

“Beri kami dokumen dalam bentuk kertas . Banyak dokumen tidak dapat dibaca dalam format CD. Beri kami secara biasa , secara tradisi bagi menghilang­kan kearguan saya,” kata beliau..

Sulaiman kemudian berkata pihaknya akan menyediaka­n dokumen yang dimohon namun ia akan mengambil sedikit masa.

Hakim Mohd Nazlan yang mendengar hujahan kedua-dua pihak selama sejam berkata, perkara itu akan dibincangk­an pada pengurusan kes yang akan datang dan menetapkan menetapkan 31 Oktober untuk pengurusan kes.

Terdahulu Najib, 65, yang memakai kot serba biru kelihatan tenang dan banyak menundukka­n kepalanya

sepanjang berada di kandang tertuduh dan ketika masuk ke bilik bicara pada jam 9.06 minit pagi, beliau tanpa menyapa sesiapa terus menuju ke kandang tertuduh.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya, berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Mengikut pertuduhan pertama, Perdana Menteri keenam itu didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti tersebut diamanahka­n dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Najib dituduh melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai PerdanaMen­teridanMen­teri Kewangan diamanahka­n dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahka­n dengan penguasaan ke atas

wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen serupa.

Pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam, iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunaka­n jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjamanpi­njaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) kepada SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutua­n Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen23A­ktaSuruhan­jaya Pencegahan­RasuahMala­ysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntu­kkan hukumanpen­jaramaksim­um 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut manamana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 8 Ogos lalu, Najib turutmenga­kutidakber­salah di Mahkamah Tinggi di sini, atas tiga pertuduhan pengubahan wang yang sama (RM42 juta) dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia