Utusan Borneo (Sabah)

Empat warga asing dipenjara 10 tahun

Berniat menyusup ke Filipina untuk sertai kumpulan pengganas

- Oleh AMIR ANUAR

KOTA KINABALU: Empat warga asing dikenakan hukuman 10 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan dengan niat hendak pergi ke negara Filipina menerusi Malaysia bagi maksud persediaan melakukan suatu perbuatan pengganas di negara itu.

Hakim Dr Alwi Abdul Wahab menjatuhka­n hukuman itu terhadap Suhantok Sahir, 31, Juhedi Jaya, 35, Muhammad Saripudin Ahmad, 38, dan Ali Abdulloh Narawi, 31, selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Alwi berkata, hukuman terhadap kesemua tertuduh akan dijalankan bermula tarikh tangkap setelah mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Setelah itu, mahkamah turut memerintah­kan keempat-empat tertuduh dihantar semula ke negara asal selepas menjalani hukuman dan rampasan barangan dikembalik­an semula.

Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa cuba pergi ke Pulau Jolo di Filipina melalui perairan Sabah dengan menaiki sebuah bot bernombor pendaftara­n LC1744/4/P dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas.

Keempat-empat mereka melakukan kesalahan itu pada 4 Disember 2017, jam 11.50 malam di perairan laut Tanjung Aru, Sandakan.

Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka dikesan oleh pihak berkuasa Esscom sebagai pejuang pengganas asing yang akan menyusup masuk ke selatan Filipina melaluiSan­dakanuntuk­tujuan melakukan keganasan di selatan Filipina dan menyertai kumpulan pengganas.

Semakan dilakukan terhadap mereka mendedahka­n bahawa kesemua tertuduh telah masuk ke Malaysia melalui jalan tikus dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Untuk itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntu­kkan hukuman penjara yang boleh sampai 30 tahun dan juga hendaklah dikenakan denda.

Semasa rayuan, keempatemp­at tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy yang dilantik pihak Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu memohon mahkamah mempertimb­angkan hukuman paling ringan diberikan memandangk­an masing-masing memiliki tanggungan keluarga.

Menurutnya, kesemua tertuduh sudah mengakui dan menyesali kesilapan mereka dan meminta pertimbang­an untuk dijatuhkan hukuman penjara paling singkat dikira dari tarikh tangkap iaitu pada 4 Disember 2017.

“Ini kali pertama kesemua tertuduh ditangkap dan dijatuhkan hukuman di Malaysia tanpa sebarang rekod jenayah lampau di Malaysia selain daripada pertuduhan tiada dokumen pengenalan diri dibawah Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 yang mana hukuman penjara telah selesai dijalankan semasa menunggu perbicaraa­n kes ini.

“Kami juga memohon pertimbang­an hukuman yang paling ringan sekali diberikan memandangk­an mereka (tertuduh) pada waktu tangkapan dan serbuan oleh pihak polis di atas bot, tiada sebarang senjata dijumpai dan hanyalah pakaian, telefon, wang mereka berdasarka­n rekod rampasan,” katanya.

Tambahnya, tujuan sebenar keempat-empat tertuduh ke Pulau Jolo Filipina adalah dengan niat yang lain iaitu memberi bantuan kemanusiaa­n selepas mendengar khabar berita golongan muslim di Filipina ditindas dan diancam keselamata­n.

Selain itu, katanya, kesemua tertuduh yang berasal dari Indonesia itu tidak pernah bersemuka atau menganggot­ai mana-mana kumpulan pengganas yang diiktiraf undang-undang sebagai merbahaya.

Namun, Timbalan Pendakwara­ya Mohd Izhanudin Alias menegaskan bahawafakt­orpengakua­nsalah kesemua tertuduh bukanlah satu-satunya faktor mitigasi yang perlu diberi pemberatan yang tidak sewajarnya oleh mahkamah.

Katanya, mahkamah perlu mengambil kira keseriusan, isu kepentinga­n awam dan isu kepentinga­n peribadi kesemua tertuduh sebelum hukuman dikenakan.

Bagaimanap­un katanya, mahkamah perlu memakai prinsip bahawa kepentinga­n awam mengatasi kepentinga­n peribadi.

“Kesemua tertuduh adalah pejuang pengganas asing yang menjadikan Malaysia sebagai hab perjalanan selamat bagi pengganas sebelum bergerak ke negara lain untuk perbuatan pengganas.

“Perbuatan ini amatlah serius dan menjijikka­n dimana suatu hukuman keras perlu diberikan agar menjadi pengajaran masyarakat di luar sana bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan pengganas apatah lagi menjadi syurga perjalanan kepada pejuang pengganas asing sebelum bergerak melakukan penganasan,” katanya.

“Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa cuba pergi ke Pulau Jolo di Filipina melalui perairan Sabah dengan menaiki sebuah bot bernombor pendaftara­n LC1744/4/P dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas.

 ??  ?? KEEMPAT-EMPAT tertuduh diiringi anggota polis Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Sabah keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhkan hukuman.
KEEMPAT-EMPAT tertuduh diiringi anggota polis Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Sabah keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhkan hukuman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia