Utusan Borneo (Sabah)

Bekas peguam dipenjara, denda pecah amanah RM40,000

-

KUALA KUMPUR: Seorang bekas peguam dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan pecah amanah wang pertaruhan RM40,000 milikpelan­ggannyaber­hubung urusan bayaran hutang seorang ejen hartanah.

P. Santhanam, 58, dijatuhi hukuman itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalahse­masasebuta­nkesnya di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan membenarka­n permohonan peguam Susan Joseph yang mewakili tertuduh agar anak guamnya ditempatka­n di Penjara Tapah, Perak berikutan masalah kesihatan.

Tertuduh didakwa sebagai peguam bela dan penguam cara firma yang diamanahka­n dengan penguasaan wang akaun pelanggan firma RHB telah melakukan pecah amanah terhadap wang pertaruhan RM40,000 yang dibayar ejen hartanah, Lee Wai Chuang, 57, bagi urusan bayaran balik hutang mendiang suami Lee itu kepada Lim Sok Poh, 68.

Santhanam dituduh melakukan kesalahan itu di firma tetuan P. Santhanam & Co di Unit B-2-13A, Block B, Upper Ground Level, Viva Mall, No 378, Jalan Ipoh, Sentul di sini antara 16 Julai 2015 dan 4 Jan 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia