Utusan Borneo (Sabah)

‘Little Napoleon’ jadi penghalang

Terhadap usaha k’jaan bawa pembanguna­n

-

KOTA KINABALU: Kehadiran ‘Little Napoleon’ dalam perkhidmat­an awam menghalang usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pembanguna­n sosio-ekonomi kepada rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata demikian ketika merasmikan sambutan Festival Musim Luruh anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Malaysia-China Cawangan Sabah diketuai Presidenny­a Datuk Frankie Liew, bertempat di Dewan Hakka Sabah pada Rabu.

“Kita akan mengambil tindakan yang perlu untuk menggantik­an Little Napoleon ini untuk memperbaik­i sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam kita.

“Kita menghargai perkhidmat­an pegawai kerajaan yang komited dan berdedikas­i,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar menegaskan bahawa kerajaan baharu bertekad untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang cekap dan berkesan untuk kesejahter­aan rakyat pada umumnya.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, beliau mengucapka­n terima kasih kepada rakyat atas sokongan mereka yang membawa kepada kejatuhan rejim Barisan Nasional (BN) berusia 61 tahun pada Mei tahun ini.

“Ia adalah kemenangan pilihan raya bersejarah yang membawa kepada perubahan kuasa pertama sejak kemerdekaa­n negara daripada British pada tahun 1957,” katanya.

Sementara itu, Christina berkata beliau dan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide telah bersetuju untuk menjadikan Sabah sebagai pusat pelanconga­n bagi pelancong dari China.

“Kini, kami berada di ambang hampir 100 penerbanga­n terus dari 10 bandaraya utama ke Kota Kinabalu setiap minggu,” katanya.

Pada Julai tahun ini katanya, jumlah pengunjung dan pelancong ke Sabah meningkat sebanyak 5.3pc (atau 2.221 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Saya gembira mendapati bahawa 43.3pc (atau sekurang-kurangnya 358,000) ketibaan ini adalah dari China sahaja, menjadikan­nya sumber pasaran terbesar untuk ketibaan di Sabah.

“Kita berharap untuk mencapai sasaran 500,000 ketibaan pelancong China menjelang akhir tahun ini. Dalam hubungan ini, kita berterima kasih kepada Konsul Jeneral Liang Caide kerana menyokong usaha kerajaan untuk meningkatk­an penerbanga­n dari China ke ibu negeri,” katanya.

Pada masa ini, destinasi di China yang mempunyai penerbanga­n langsung ke Kota Kinabalu ialah Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan, Fuzhou, Chengdu, Changsa dan Kunming, selain Hong Kong.

Terdahulu, Liang dalam ucapannya berkata kebiasaann­ya penerbanga­n mingguan terus dari China ke Kota Kinabalu penuh.

“Dan, Christina barubaru ini mengumumka­n penerbanga­n sulung dari Shenzhen ke Kota Kinabalu oleh China Southern Airlines yang merupakan syarikat penerbanga­n terbesar di China. Ini juga dapat meningkatk­an hubungan dua hala antara China dan Sabah,” katanya.

 ??  ?? CHRISTINA (tengah) bersama Liang dan Pengerusi Penganjur Dato’ Dr Tan Tiang Lai serta Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong dan Frankie memotong kuih bulan. Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong dan Mayor Datuk Yeo Boon Hai.
CHRISTINA (tengah) bersama Liang dan Pengerusi Penganjur Dato’ Dr Tan Tiang Lai serta Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong dan Frankie memotong kuih bulan. Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong dan Mayor Datuk Yeo Boon Hai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia