Utusan Borneo (Sabah)

Ismail, Fatimah nama paling popular di Malaysia

-

PUTRAJAYA: Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian merupakan nama terpanjang di Malaysia dalam rekod Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) kini.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata berdasarka­n rekod JPN nama lelaki paling popular di negara ini ialah Ismail iaitu seramai 72,157 orang diikuti Ahmad (57,914) dan Abdullah (47,989).

“Manakala nama wanita yang popular ialah Fatimah iaitu seramai 74,605 orang, Zainab (41,450) dan Azizah (34,114),” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Pendaftara­n Negara dan Hari Inovasi JPN 2018.

Jelas beliau, berdasarka­n rekod JPN sehingga 30 Jun 2018 jumlah pemegang MyKad di seluruh negara ialah sebanyak 22,664,773 di mana 19,322,409 telah menukar MyKad Struktur Baru, 3,247,589 masih belum menukar MyKad Struktur Baru, 81,250 masih memegang Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) dan 13,525 masih memegang Kad Pengenalan Pertama (KPP).

Mohammad Razin turut menyeru kepada pemegang MyKad yang masih belum menukar kepada MyKad Struktur Baru, pemegang KPT dan pemegang KPP untuk menukar kad pengenalan mereka.

Katanya, MyKad bercip struktur baharu ini dikeluarka­n dengan memberi penekanan utama ke atas penambahba­ikan dari segi kualiti, ciri-ciri keselamata­n dan daya tahan MyKad yang selari dengan perkembang­an teknologi dan keperluan semasa.

Jelas beliau, rekod dokumen pengenalan diri yang diuruskan JPN menjadi rujukan utama dan digunapaka­i oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam pelbagai bidang termasukla­h urusan keselamata­n, perbankan, percukaian, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Tambah Mohammad Razin, maklumat dan data pendaftara­n yang dikendalik­an JPN turut digunapaka­i oleh agensi kerajaan lain seperti Agency Link - Up Systems (ALIS) yang sangat berkesan untuk mengelak dan membantera­s kes-kes penipuan, pemalsuan dokumen pengenalan diri dalam urusan harian. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia