Utusan Borneo (Sabah)

JPA diarah bantu urusan pencen enam anggota bomba lemas ketika SAR

-

GEORGE TOWN: Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Borhan Dolah menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Taman Putra Perdana, Puchong pada Rabu.

“Saya bagi pihak perkhidmat­an awam ingin merakamkan takziah kepada keluarga enam anggota bomba yang dalam kerjakerja menyelamat telah terkorban. Inilah yang saya katakan betapa tingginya pengorbana­n kita (penjawat awam) dalam menyelamat­kan orang awam.

“Ini merupakan satu tragedi kepada kita dan kita doakan semoga keenamenam mereka ini ditempatka­n di tempat yang tinggi di sisiNya, semoga keluarga dapat tabah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang, di sini pada Khamis.

Beliau berkata pihaknya telah mengarahka­n Jabatan Perkhidmat­an Awam untuk membantu keluarga dalam menyelesai­kan beberapa urusan berkaitan termasuk urusan pencen bagi kesemua anggota yang terkorban.

“Pengorbana­n kita sebagai penjawat awam ini ada di mana-mana dan risikonya tetap ada kita harapkan semoga mereka dilindungi,” katanya.

Enam penyelam PPDA JBPM lemas ketika melakukan operasi SAR seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam.

Kesemua jenazah mangsa disembahya­ngkan di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi ini dan dihantar pulang ke kampung halaman masingmasi­ng untuk dikebumika­n. -Bernama

 ??  ?? MOHD FATAH
MOHD FATAH
 ??  ?? ADNAN
ADNAN
 ??  ?? MAZLAN
MAZLAN
 ??  ?? YAHYA
YAHYA
 ??  ?? IZATUL
IZATUL
 ??  ?? HIFDZUL
HIFDZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia