Utusan Borneo (Sabah)

Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah

-

PUCHONG: Bapa remaja yang terjatuh dan dikhuatiri lemas di lombong di Taman Putra Perdana di sini, mengucapka­n takziah kepada keluarga enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat anaknya.

Mohd Azzam Naim, 46, berkata beliau terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Saya tidak sangka pula operasi mencari anak saya, Mohd Ilham Fahmy bertukar menjadi tragedi begitu menyedihka­n,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian awal pagi pada Khamis.

Menurut, Mohd Azzam kawasan lombong itu memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk termasuk warga asing menangkap ikan.

“Malah dua bulan lepas, dua lelaki dilaporkan lemas di kawasan kejadian. Saya ada menasihatk­an anak saya supaya tidak ke sini tambahan lagi cuaca sekarang kerap hujan. Namun tak sangka pula dia datang ke sini bersama dua lagi rakannya,” katanya.

Menurut Mohd Azzam, anaknya meminta izin untuk keluar rumah kira-kira 4 petang semalam.

Katanya, beliau hanya mengetahui anaknya tergelinci­r ke dalam lombong selepas dimaklumka­n oleh seorang lagi anak lelakinya pada kira-kira 5 petang.

“Harapan saya agar anak saya dijumpai secepat mungkin,” katanya mengenai remaja berusia 17 tahun itu.

Keenam-enamyangte­rkorban dalam insiden 9.15 malam tadi itu terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Sementara itu, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatka­n enam anggota bomba tersebut sebagai wira negara yang sanggup berkorban demi memikul amanah dan tanggungja­wab terhadap negara dan kesejahter­aan rakyat.

Turut menyampaik­an ucapan takziah adalah anggota Majlis Keselamata­n Aktiviti Air (WASC), Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata satu suruhanjay­a siasatan perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian bagi mengelakka­n kejadian sama berulang lagi.

“Kematian akibat lemas boleh dihalang jika semua agensi dan pihak berkuasa tempatan proaktif dan tidak menunggu sehingga tragedi berlaku sebelum mengambil tindakan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia