Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Selangor arah MPS tutup lombong

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pada Khamis mengarahka­n Majlis Perbandara­n Sepang (MPS) menutup kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Puchong sejurus operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang lemas di lombong itu, selesai.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata langkah penutupan itu perlu, susulan beberapa kes mati lemas direkodkan di kawasan itu dan terbaru, membabitka­n enam anggota bomba yang menyertai operasi SAR tersebut malam Khamis.

“Saya dapat laporan ini bukan kejadian pertama (lemas di lombong) dan saya telah arahkan Majlis Perbandara­n Sepang tingkat kawalan keselamata­n temasuk menutup kawasan itu.

“Penutupan akan dilakukan secepat mungkin sebaik operasi SAR selesai kerana SAR kini masih berlaku di lokasi terbabit,” katanya kepada pemberita selepas bertemu keluarga dan waris, anggota bomba yang maut itu di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini, pada Khamis.

Turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohamad Hamdan Wahid.

Amirudin berkata pihaknya turut mengarahka­n majlis perbandara­n itu untuk menutup laluan ke lombong berkenaan, berikutan kawasan tersebut sering menjadi tempat orang ramai untuk memancing.

“Di kawasan itu saya difahamkan ada jeti yang menjadi laluan di lombong itu yang kini dinaik taraf bagi tujuan kawasan tadahan air hujan.

“... dan jeti itu bukan untuk tujuan memancing, sekiranya orang ramai mahu memancing saya nasihat carilah kawasan yang lebih selamat,” tambahnya.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan Selangor juga bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM20,000 kepada setiap keluarga dan waris, anggota bomba yang maut tersebut.

Beliau berkata sumbangan itu dibuat bagi menghargai jasa sepanjang penugasan mereka selain untuk meringanka­n beban keluarga dan waris masing-masing. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? ENAM penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
-Gambar Bernama ENAM penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
 ?? -Gambar Bernama ?? PASUKAN penyelamat ketika membantu dalam operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam Khamis.
-Gambar Bernama PASUKAN penyelamat ketika membantu dalam operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia