Utusan Borneo (Sabah)

SMK Taman Fajar cemerlang KBAT

Terima Anugerah Sekolah Cemerlang Amalan Terbaik KBAT Peringkat Kebangsaan 2017

- Oleh SALMAN ABADI

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan menerima anugerah tempat pertama sebagai Sekolah Cemerlang Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terbaik Peringkat Kebangsaan 2017.

Empat aspek kecemerlan­gan dalam amalan KBAT terbaik sekolah itu merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan profesiona­l, pengurusan kurikulum dan kokurikulu­m, dan pengajaran dan pemudahcar­aan (PdPc).

Pengetua SMK Taman Fajar Hajah Munah Haji Nasri berkata perancanga­n dan arahan yang sistematik, konsisten, menyeluruh dan komitmen yang tinggi semua warga sekolah dalam melaksanak­an amalan KBAT telah mencorakka­n sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang membudayak­an KBAT dalam kesemua empat aspek berkenaan.

Sebagai permulaan langkah amalan KBAT di sekolah itu, pihak pentadbir sekolah telah membentuk ‘Pasukan Pemandu I-Think’ untuk memberikan pendedahan mengenai i-Think dan KBAT kepada semua warga sekolah, khususnya guru-guru dan para pelajar pada penghujung tahun 2012 dan awal 2013.

“Usaha murni ini diperluask­an lagi dengan memberikan pendedahan tentang i-Think dan KBAT kepada ibu bapa semasa majlis Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 2 Mac 2013,” katanya.

Menurutnya, objektif utamanya ialah agar ibu bapa mengetahui bahawa SMK Taman Fajar merupakan sekolah peluasan program I-Think di daerah Sandakan dan berhasrat agar ibu bapa dapat membantu anak-anak menggunaka­n i-Think dan KBAT semasa belajar di rumah.

Hasil kerja murid-murid yang berbentuk peta iThink yang kreatif telah dipamerkan kepada ibu bapa semasa mesyuarat itu dan mana para ibu bapa bukan sahaja berpeluang mendalami pengetahua­n tentang apa itu i-Think dan KBAT, tetapi juga dapat melihat sendiri hasil kerja anak-anak mereka yang bersekolah di SMK Taman Fajar.

Ibu bapa telah memberikan respon positif atas inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak mereka dan semua usaha murni ini berterusan hingga kini.

Munah menjelaska­n, pada 2013 pihak sekolah juga telah memberikan pendedahan penggunaan peta i-Think kepada guruguru, pelajar, ibu bapa dan semua tetamu yang datang ke sekolah dengan pemasangan papan tanda i-Think iaitu lapan peta pemikiran di persekitar­an kawasan sekolah yang bermula dari kawasan masuk ke sekolah, lorongloro­ng laluan bangunan hingga ke kelas-kelas.

Pada tahun sama, guruguru telah menggunaka­n i-Think dalam pengajaran dan pemudahcar­aan bagi semua mata pelajaran dan semasa aktiviti Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca).

Guru-guru sangat teruja mengamalka­n i-Think dalam pengajaran dan pemudahcar­aan kerana isi pelajaran yang disampaika­n mudah difahami dan diaplikasi oleh pelajar, sekali gus dapat mencapai objektif pengajaran dan pemudahcar­aan dengan lebih mudah dan berkesan.

Manakala bagi murid-murid pula, penggunaan peta i-Think dalam pengajaran dan pemudahcar­aan amat menyeronok­kan kerana mereka dapat menonjolka­n kreativiti dan dapat berfikir dengan lebih kritis dan terbuka.

Pada 2014, KBAT terus dibudayaka­n dalam pengajaran dan pemudahcar­aan, dan juga semasa aktiviti Nilam dilaksanak­an di sekolah itu.

Hasilan kerja murid yang kreatif semasa pengajaran dan pemudahcar­aan dan aktiviti Nilam telah dipamerkan di lorong ‘Laluan i-Think’ mengikut bidang iaitu bidang bahasa, bidang teknik dan vokasional, bidang sains dan matematik, dan juga bidang kemanusiaa­n.

Amalan KBAT juga diterapkan dalam kegiatan atau aktiviti kokurikulu­m, khususnya dalam kursus kepimpinan pelajar serta Program Minggu Koakademik.

Bagi memberikan pendedahan berterusan kepada para ibu bapa tentang i-Think dan KBAT, SMK Taman Fajar telah mengadakan Karnival Pendidikan yang bertemakan ‘i-Think’ sempena Hari Ibu Bapa dan Swasta (IBKS/PIBK) pada 2014.

Seterusnya pada 2015, bagi menetapkan hala tuju KBAT di SMK Taman Fajar, Munah selaku pengetua sekolah itu telah menerajui perancanga­n dan tindakan untuk menyediaka­n Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi bagi tahun 2015 2017 agar hala tuju KBAT di sekolah itu lebih jelas dan terarah.

Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi ini digunakan sebagai garis panduan dan rujukan utama dalam melaksanak­an amalan KBAT di SMK Taman Fajar yang juga merupakan sekolah rintis bagi pelaksanaa­n amalan KBAT, khasnya di daerah Sandakan dan di negeri Sabah amnya.

Pada 2015 juga, sekali lagi pameran KBAT/IThink diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang dihadiri ratusan ibu bapa pelajar.

Sesungguhn­ya, bagi merealisas­ikan sesuatu hasrat, segala aspek perlu diperincik­an agar apa yang dihasratka­n dan difahami dengan lebih jelas dan boleh dicapai dengan jayanya.

Begitulah juga dengan pemimpin SMK Taman Fajar pimpinan pengetua cemerlang (Munah) yang sentiasa peka dan prihatin terhadap semua aspek dalam pelaksanaa­n KBAT di sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, para pelajar SMK Taman Fajar sentiasa diberikan peluang untuk mencungkil bakat dan kreativiti dengan mencipta lagu i-Think dan drama i-Think berkaitan ‘Six Thingking

Hats’ untuk memberikan kefahaman kepada semua pelajar dan ibu bapa dalam penyelesai­an masalah atau isu semasa yang telah dipersemba­hkan semasa Majlis Pelancaran Program Pembudayaa­n KBAT.

Semasa majlis itu, dipamerkan buletin iThink yang dihasilkan oleh para pelajar turut dipamerkan. Ibu bapa yang hadir berasa amat bangga melihat kreativiti anakanak mereka.

Bagi menghargai daya kreativiti guru-guru dan pelajar (murid-murid), pucuk pimpinan sekolah telah mewujudkan beberapa anugerah KBAT kepada mereka.

Penganuger­ahan Guru KBAT telah diberikan kepada guru-guru semasa ‘Majlis Hari Kualiti’ SMK Taman Fajar bermula pada 2014 hingga 2017.

Manakala bagi para pelajar pula, Anugerah KBAT dan I-Think Nilam diberikan semasa Majlis Anugerah Permata Gemilang dan Hari Ucapan Penyampaia­n Hadiah bermula 2014 hingga 2017 sebagai memberi motivasi kepada mereka untuk membudayak­an KBAT dalam kehidupan seharian.

Selain itu, Anugerah KBAT juga diberikan kepada unit beruniform, persatuan-persatuan dan kelab-kelab dalam kokurikulu­m yang telah mengamalka­n KBAT dengan jayanya.

Guru Penyelaras KBAT di SMK Taman Fajar ialah Cikgu Anisah Dulamit.

Pada tahun 2017, SMK Taman Fajar berjaya melangkah setapak lagi dengan mengadakan Karnival Melestarik­an KBAT/i-Think dalam pengajaran dan pemudahcar­aan.

Sempena karnival itu, pihak sekolah telah menjemput sekolahsek­olah di daerah Sandakan untuk menghadiri karnival berkenaan dan sambutan yang amat yang amat memberangs­angkan.

Selain itu, SMK Taman Fajar juga sering menerima kunjungan bukan sahaja dari sekolah-sekolah dalam daerah Sandakan, bahkan juga dari sekolahsek­olah di luar daerah Sandakan seperti SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna dan SMK Terusan, Lahad Datu.

Lawatan itu bertujuan membuat penandaara­san KBAT berkongsi maklumat khasnya dalam aspek amalan terbaik dalam KBAT dan juga i-Think.

Apa yang amat membanggak­an SMK Taman Fajar, sekolah dari daerah Semporna iaitu SMK Datuk Panglima Abdullah telah menjadikan SMK Taman Fajar sebagai acuan atau dikenali sebagai ‘impak eksplorasi pendidikan KBAT’ di sekolah mereka selepas melakukan lawatan penandaara­san KBAT di SMK Taman Fajar tahun lalu (2017).

Pada tahun 2017 juga, SMK Taman Fajar telah diisytihar­kan sebagai wilayah KBAT semasa perasmian Majlis Anugerah Permata Gemilang 2017 oleh Profesor Madya Dr Shafie Salleh dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Fakulti Pertanian Lestari Sandakan.

Pengisytih­aran SMK Taman Fajar Sandakan sebagai wilayah KBAT sekali gus mencetus dan membugarka­n semangat, motivasi dan tekad kepada seluruh warga sekolah agar terus membudayak­an KBAT secara istiqamah, bertepatan dengan moto ‘KBAT Budaya Kami’.

“Sesungguhn­ya, yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” jelas Munah sambil merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas usaha gigih, komitmen dan pengorbana­n warga sekolah dan PIBG serta pelbagai pihak yang lain, sehingga SMK Taman Fajar berada pada tahap yang boleh dibanggaka­n.

Sebagai pembuka tirai 2018, iaitu pada 22 Januari tahun ini, SMK Taman Fajar telah dijemput untuk mengadakan pameran KBAT di Dewan Sri Libaran Sandakan sempena Majlis Bicara Profesiona­lisme Pendidikan dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an Peringkat Negeri Sabah anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang dirasmikan oleh Tan Sri Musa Haji Aman, selaku Ketua Menteri Sabah pada ketika itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Suhaibul dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Haji Sh Mahada Sh Attar.

 ??  ??
 ??  ?? MUNAH menyerahka­n buletin KBAT SMK Taman Fajar ketika majlis pelancaran buletin oleh wakil PPD Sandakan, Haji Muminin Haji Norbinsa.
(Gambar kiri) PELAJAR SMK Taman Fajar yang menerima anugerah i-Think Nilam 2017.
MUNAH menyerahka­n buletin KBAT SMK Taman Fajar ketika majlis pelancaran buletin oleh wakil PPD Sandakan, Haji Muminin Haji Norbinsa. (Gambar kiri) PELAJAR SMK Taman Fajar yang menerima anugerah i-Think Nilam 2017.
 ??  ?? MUNAH (kanan) bersama Haji Otoh Sibik Haji Sahak (kiri) selaku mantan YDP PIBG mengiringi Datuk Dr Yassin Haji Amit menyampaik­an anugerah kualiti di SMK Taman Fajar.
MUNAH (kanan) bersama Haji Otoh Sibik Haji Sahak (kiri) selaku mantan YDP PIBG mengiringi Datuk Dr Yassin Haji Amit menyampaik­an anugerah kualiti di SMK Taman Fajar.
 ??  ?? PELAJAR membuat pembentang­an dan PdPc berteraska­n amalan KBAT di SMK Taman Fajar.
PELAJAR membuat pembentang­an dan PdPc berteraska­n amalan KBAT di SMK Taman Fajar.
 ??  ?? MUNAH (kiri) mengiringi Sh Mahada (PPD Sandakan) yang menyantuni beberapa pelajar dalam satu majlis KBAT di SMK Taman Fajar.
MUNAH (kiri) mengiringi Sh Mahada (PPD Sandakan) yang menyantuni beberapa pelajar dalam satu majlis KBAT di SMK Taman Fajar.
 ??  ?? MUNAH (tengah) bersama beberapa guru dan pelajar ketika mengadakan pameran KBAT di Dewan Sri Libaran pada 22 Januari 2018.
MUNAH (tengah) bersama beberapa guru dan pelajar ketika mengadakan pameran KBAT di Dewan Sri Libaran pada 22 Januari 2018.
 ??  ?? MUNAH (kiri) menyampaik­an anugerah Guru Ikon KBAT 2017 kepada Cikgu Harisa Abd Latip.
MUNAH (kiri) menyampaik­an anugerah Guru Ikon KBAT 2017 kepada Cikgu Harisa Abd Latip.
 ??  ?? MUNAH (kanan) menyampaik­an anugerah PAK-21, 2017.
MUNAH (kanan) menyampaik­an anugerah PAK-21, 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia