Utusan Borneo (Sabah)

SM Lok Yuk dinobat johan

Tarian Kreatif Rakyat Terbuka BAF

- SM Lok Yuk juara Pertanding­an Tarian Kreatif Terbuka BAF 2018.

LABUAN: Kumpulan Sekolah Menengah Lok Yuk muncul johan (Titanium) Pertanding­an Tarian Kreatif Rakyat Terbuka 2018 ‘Adat dan Istiadat’ sempena Borneo Arts Festival (BAF) 2018 yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan, pada Ahad.

Dengan kejayaan itu, SM Lok Yuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan piala.

Sekolah itu turut menggondol tiga anugerah iaitu Koregrafi dan Koregrafer Terbaik serta anugerah Penari Perempuan Terbaik menerusi Norazira Idris.

Naib johan (Platinum) disandang oleh Kumpulan Nyala Dance Theatre untuk menerima RM5,000 dan tempat ketiga (Gold) dimenangi oleh Gemala Kencana Riam sekali gus

KUMPULAN Nyala Dance johan Tingkah Geruh bersama Fadhilah Mahmud (belakang, tiga kanan).

meraih RM3,000.

Kumpulan Busax Qorots dari SMK Sepulut dan Swak Tari dari Sarawak masingmasi­ng menduduki tempat keempat dan kelima.

Pertanding­an Tarian Kreatif Rakyat Terbuka turut menyediaka­n lapan kategori anugerah terbaik untuk dibawa pulang oleh peserta dan kumpulan yang mengambil bahagian.

Anugerah Penari Lelaki Terbaik dimenangi oleh Faizal dari Nyala Dance Theatre.

Kumpulan Selangkah Tari dari SK Sembulan Kota Kinabalume­nerimaanug­erah Kumpulan Harapan Terbaik dan Anugurah Khas Juri dimenangi oleh Kumpulan Tunas Sri Warisan SK Ulu Lubai.

Dalam pada itu, Kumpulan Gemala Kencana Riam dari Sarawak menerima anugerah Busana dan Tatarias Terbaik.

Anugerah Muzik dan Visual Terbaik pula dimenangi Kumpulan Nyala Dance Theatre dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, Kumpulan Nyala Dance dari Kuala Lumpur muncul johan Pertanding­an Tingkah Geruh BAF 2018.

Hasil kemenangan itu, Nyala Dance membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan trofi selepas menewaskan Kumpulan Tingkah Tebiang Tari dari Sarawak di peringkat akhir pertanding­an itu.

Selaku naib johan, Kumpulan Tingkah Tebiang Tari menerima wang tunai RM2,000 dan trofi.

Sementara tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Kelab Seni Budaya SMK Nambayan untuk menerima RM1,000selepas­menewaskan Kumpulan SwakTari yang meraih RM500.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Fadhilah Mahmud.

Turut hadir, Konsul Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu Sabah Bapak Cahyono Rustam, Palawan Visual Artist Jerry Llaniguez Gabo, Ketua Juri Mukun dari Negara Brunei Darusalam Haji Sulaiman Haji Madun dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan Mahathir Abdul Hamid.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Tingkah Tebiang Tari dari Sarawak bersama hadiah naib johan Tingkah Geruh.
PASUKAN Tingkah Tebiang Tari dari Sarawak bersama hadiah naib johan Tingkah Geruh.
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Nyala Dance Theatre raih naib johan Tarian Kreatif Terbuka.
PASUKAN Nyala Dance Theatre raih naib johan Tarian Kreatif Terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia