Utusan Borneo (Sabah)

Cipta, hasilkan produk inovasi

Saranan kepada warga di bawah KKM untuk tingkatkan mutu perkhidmat­an

-

KOTA KINABALU: Warga di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri ini digalak untuk terus mencipta projek dan produk inovasi perubatan yang dinamik serta efisien agar mutu perkhidmat­an yang disalurkan terus berkembang dan membantu masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi berkata, usaha untuk membudayak­an kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga KKM akan terus dipergiat, bukan sekadar untuk memperkema­skan perkhidmat­an yang ditawarkan tetapi juga memberi impak serta manfaat kepada organisasi dan orang ramai.

Katanya, projek-projek inovasi yang dihasilkan sudah tentu mempunyai potensi untuk memperbaik­i kaedah, prosedur dan cara kerja seharian.

“Sehubungan itu, setiap penghasila­n projek inovasi bukan sahaja perlu ditambah nilai malah perlu dimantapka­n dan diaplikasi­kan bagi meningkatk­an lagi kecekapan serta keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an dan perubatan di negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Perasmian Penutupan

“Setiap penghasila­n projek inovasi bukan sahaja perlu ditambah nilai malah perlu dimantapka­n dan diaplikasi­kan bagi meningkatk­an lagi kecekapan serta keberkesan­an sistem penyampaia­n ” perkhidmat­an dan perubatan di negeri ini DATUK DR CHRISTINA RUNDI

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

Pertanding­an Anugerah Inovasi, anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKNS di Auditorium Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini pada Rabu.

Dr Christina berkata, kejayaan dalam penghasila­n sesuatu inovasi peringkat organisasi amat bergantung kepada komitmen pelbagai pihak.

Selain sumbangan buah fikiran setiap ahli pasukan, beliau menegaskan peranan pihak atasan juga penting dalam menyuntik motivasi dan semangat pasukan dalam penghasila­n inovasi yang lebih berkualiti serta sesuai untuk kepentinga­n dan kebaikan bersama.

Sambil menghargai dan berbangga dengan kesungguha­n anggota JKNS menghasilk­an projek-projek inovasi yang bermutu sehingga berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan, beliau berharap projek Inovasi yang berpotensi dan bermutu akan terus diperhalus­i dan dikembangk­an agar mampu dimanfaatk­an secara lebih menyeluruh.

Pertanding­an Anugerah Inovasi Peringkat JKNS yang berlangsun­g selama tiga hari sejak Isnin lalu menyaksika­n lebih 28 projek inovasi perubatan diketengah dan dibentangk­an oleh kumpulan inovasi dari hospital-hospital seluruh Sabah.

Bertemakan ‘Dari idea ke realiti’, anugerah tahunan itu antara lain bertujuan memberi pengiktira­fan kepada hasilhasil inovasi warga KKM yang mampu meningkatk­an kualiti penyampaia­n dan perkhidmat­an selain memupuk dan menyemarak­kan budaya kreatif serta inovatif warganya dalam melaksanak­an tugas harian.

Pada pertanding­an itu, kumpulan Paradigma dari Hospital Kota Penyu dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Inovasi Perkhidmat­an, manakala Jabatan Patologi HQE menjadi johan bagi Kategori Inovasi Teknologi.

Bagi Kategori Inovasi Proses, johan dimenangi kumpulan EXC Star dari Hospital Lahad Datu, manakala kumpulan JPT Dynamic dari HQE II dinobatkan johan bagi Kategori Inovasi Produk melalui tajuk projek, Blood Eco-Part.

Pemenang setiap kategori turut menerima hadiah berbentuk sijil serta wang tunai sebanyak RM1,000.

Turut terpilih menerima anugerah bagi kategori Anugerah Khas Juri adalah kumpulan Inovasi dari Klinik Pergigian Kota Belud, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan dua kumpulan dari Hopsital Tuaran.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pergigian selaku Pengerusi Penganjur Pertanding­an Dr Lawrence Mah Hon Kheong.

 ??  ?? DR Christina menyampaik­an hadiah kepada johan Kategori Inovasi Teknologi dari Jabatan Patologi HQE.
DR Christina menyampaik­an hadiah kepada johan Kategori Inovasi Teknologi dari Jabatan Patologi HQE.
 ??  ?? DR Christina merakamkan kenangan bersama warga JKNS melibatkan peserta pertanding­an inovasi dari hospital seluruh Sabah.
DR Christina merakamkan kenangan bersama warga JKNS melibatkan peserta pertanding­an inovasi dari hospital seluruh Sabah.
 ??  ?? HQE II dinobatkan johan bagi Kategori Inovasi Produk melalui tajuk projek, Blood Eco-Part.
HQE II dinobatkan johan bagi Kategori Inovasi Produk melalui tajuk projek, Blood Eco-Part.
 ??  ?? UNIT Pemandu Hospital Tuaran melalui Projek ET Fixator terpilih menerima Anugerah Khas Juri
UNIT Pemandu Hospital Tuaran melalui Projek ET Fixator terpilih menerima Anugerah Khas Juri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia