Utusan Borneo (Sabah)

27 peserta jayakan hiking di Pulau Berhala

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Seramai 27 peserta menjayakan program hiking ke Pulau Berhala anjuran Sandakan Kicap Runners Club atau Kelab Larian Kicap Sandakan (KLKS) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) di sini.

Presiden KLKS Mastura Amir berkata turut menyertai program hiking itu ialah dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Sandakan.

Katanya, program itu antara lain bertujuan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan menjalin perpaduan dalam kalangan ahli KLKS dan juga pelbagai pihak yang terlibat khasnya Perkeso, bomba dan sebagainya.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk budaya bersukan melalui melalui aktiviti hiking dan pendakian bukit untuk kecergasan dan kesihatan, di samping menyemarak­kan lagi sambutan Hari Malaysia Ke-55 tahun ini dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

“Dalam masa sama, ia juga sebahagian daripada tinjauan awal dan kajian pihak bomba Sandakan sebagai persediaan bagi mengetahui dengan lebih dekat tentang lokasi dan keadaan sebenar laluan dan kawasan Pulau Berhala jika berlaku sebarang masalah atau insiden ketika pendakian,” katanya.

Mastura berkata, pada masa ini Pulau Berhala bukan sahaja menyimpan pelbagai sejarah silam, malah kini ia menjadi destinasi popular di daerah ini, khasnya untuk aktiviti hiking, riadah, perkhemaha­n dan sebagainya.

Katanya, selain perlu melalui perjalanan laut menggunaka­n bot dari tanah darat bandar Sandakan, Pulau Berhala juga menawarkan lokasi pendakian yang agak mencabar dan menyeronok­kan, tetapi amat berbaloi kerana terdapat pemandanga­n indah dan menarik, khasnya ketika berada di puncak bukit Zuno dan Zunowan Viewpoint yang berketingg­ian 248 meter.

Terdapat tiga puncak bukit yang di Pulau Berhala yang masing-masing dinamakan sebagai Puncak Berhala Selatan, Puncak Berhala dan juga Puncak Rumah Api.

Rombongan yang berkumpul di dataran Harbour Mall ‘I Love Sandakan’ di bandar Sandakan sebelum menaiki bot laju dengan tambang RM10 seorang, menuju ke jeti Maritim Pulau Berhala dan memulakan pendakian ke Puncak Selatan, seterusnya ke Zunowan Viewpoint kemudian bergerak ke pantai untuk menuju ke Zuno Peak dan Rumah Api, Pulau Berhala.

Menjelang jam 12.30 tengahari, rombongan tiba semula di jeti Kampung Berhala untuk menaiki bot laju dan mendarat di jeti Pasar Besar Sandakan sebelum bersurai sambil menyimpan pelbagai kenangan indah yang sukar dilupakan.

Program hiking dan pendakian bukit di Pulau Berhala itu dipandu arah oleh Dini Sagara dan Mohd Noor Abu Bakar.

Kesemua peserta tetap bersemanga­t menjayakan program itu walaupun terdapat dua orang mengalami perasaan gayat dan seorang lagi mengalami sakit lutut.

Program hiking ke Pulau Berhalan yang kian popular di Sandakan itu dirancang rapi pihak penganjur yang diketuai Mastura, termasukla­h persiapan dari aspek fizikal, mental dan keperluan peralatan.

Setiap ahli rombongan turut membawa pelbagai kelengkapa­n seperti minuman dan makanan yang secukupnya, baju hujan, payung, tongkat, pakaian dan kasut hiking yang sesuai.

Selain itu, aspek keselamata­n juga dititikber­atkan semasa aktiviti hiking dan pendakian bukit termasukla­h bergerak dalam kumpulan kerana sebahagian trek laluan yang agak curam memerlukan pendaki berpaut pada tali yang disediakan.

Seorang peserta, Dayang Salmah Abu Bakar menyifatka­n program itu amat menarik dan menyeronok­kan.

“Walaupun sedikit mencabar namun rasa penat atau keletihan hilang dengan sendirinya apabila berada di puncak bukit sambil menikmati keindahan panorama indah yang memukau pandangan,” katanya.

Beliau yang bertugas sebagai Penolong Kanan (PK) Hal EhwalMurid(HEM)diSekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar Sandakan bercadang akan mengikuti lagi aktiviti hiking seumpamany­a ke Pulau Berhala sekiranya ada rombongan yang menganjurk­annya pada masa akan datang.

 ??  ?? DUA anggota bomba Sandakan yang turut menyertai rombongan itu sambil membuat tinjauan dan kajian keselamata­n di laluan Pulau Berhala sekiranya berlaku masalah atau insiden ketika pendakian atau aktiviti di pulau itu.
DUA anggota bomba Sandakan yang turut menyertai rombongan itu sambil membuat tinjauan dan kajian keselamata­n di laluan Pulau Berhala sekiranya berlaku masalah atau insiden ketika pendakian atau aktiviti di pulau itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli rombongan bergambar kenangan di jeti Kampung Berhala berlatarbe­lakangkan keindahan bukit batu di Pulau Berhala.
SEBAHAGIAN ahli rombongan bergambar kenangan di jeti Kampung Berhala berlatarbe­lakangkan keindahan bukit batu di Pulau Berhala.
 ??  ?? MASTURA (depan, kiri) bersama beberapa ahli Kelab Larian Kicap Sandakan yang menyertai program hiking dan mendaki bukit di Pulau Berhala.
MASTURA (depan, kiri) bersama beberapa ahli Kelab Larian Kicap Sandakan yang menyertai program hiking dan mendaki bukit di Pulau Berhala.
 ??  ?? DAYANG Salmah (kiri) bersama suaminya yang juga pegawai bomba Sandakan, yang turut menyertai rombongan hiking dan mendaki bukit Bukit Berhala.
DAYANG Salmah (kiri) bersama suaminya yang juga pegawai bomba Sandakan, yang turut menyertai rombongan hiking dan mendaki bukit Bukit Berhala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia