Utusan Borneo (Sabah)

HBPL Fun Run 2018 pada 27 Oktober

-

LABUAN: Kelab Sukan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan akan menganjurk­an HBPL Fun Run 2018 pada 27 Oktober 2018 (Sabtu), jam 3.30 petang di Medan Selera Labuan (Mula dan Tamat) sempena Hari Bersama Pelanggan Perbadanan Labuan (HBPL) 2018.

Pengerusi Biro Kebajikan danPendidi­kan,RosniAlisk­ah (gambar) berkata borang penyertaan boleh diambil bermula pada 1 Oktober dan mestilah dikembalik­an semula kepada urusetia sebelum atau pada 15 Oktober.

Beliau yang juga penyelaras program, berkata hanya 200 penyertaan awal sahaja yang akan menerima baju T dan finisher medal.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai larian ini boleh mendapatka­n borang tersebut di Perpustaka­an Awam Labuan, Menara PL, Kaunter Khidmat Pelanggan, Wisma PL, Kaunter Informasi, UTC Labuan dan Laman Web Rasmi Perbadanan Labuan.

Yuran penyertaan adalah berjumlah RM55.00 / RM50.00 (Early bird submission) sahaja bagi setiap penyertaan.

RM3.00 daripada setiap yuran penyertaan akan disalurkan kepada Persatuan Orang-Orang Pekak, WP Labuan bagi tujuan amal.

Katanya, peserta yang telah membuat pendaftara­n penyertaan boleh mengambil baju pada 26 Oktober 2018 di Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan dan penerangan mengenai laluan larian juga akan dibuat pada hari tersebut pada jam 2.30 petang.

Borang dan yuran penyertaan hendaklah diserahkan kepada Rosni Aliskah, di Perpustaka­an Awam Labuan.

Sementara itu, Presiden KSKK Perbadanan Labuan, Abdul Samad Haji Ismail mengalu-alukan penyertaan warga Labuan dan luar Labuan yang bukan sahaja untuk memeriahka­n HBPL Fun Run 2018 tetapi juga mampu mengeratka­n hubungan persahabat­an sesama peserta.

“HBPL Fun Run 2018 sejauh 5 kilometer itu juga untuk melahirkan warga yang sihat, cergas dan cerdas selain memeriahka­n Hari Bersama Pelanggan Perbadanan Labuan 2018,”katanya.

Juara kategori Terbuka Lelaki dan Wanita akan menerima RM200, kedua RM150, ketiga RM100 manakala tempat ke-4 hingga ke-10 akan menerima RM70.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia