Utusan Borneo (Sabah)

Isu gaji MU selesai bulan depan: Adly

-

MELAKA:Isu gaji pemain pasukan Melaka United (MU) akan diselesaik­an sepenuhnya pada bulan depan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Adly Zahari.

Adly yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pihaknyate­lahmenyele­saikan tunggakan gaji sehingga bulan Julai dan MUSA akan menyelesai­kan sepenuhnya gaji pemain bagi bulan Ogos dan September pada bulan depan.

“Tunggakan gaji pemain sehingga bulan Julai telah dibayar sepenuhnya dan selepas ini kita akan bayar baki dua bulan gaji tertunggak (gaji bulan Ogos dan September) pada bulan November ini,”katanya kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.

MU sebelum ini dipalit dengan isu tunggakan gaji pemain apabila MUSA menghadapi masalah penerimaan tajaan setelah pertukaran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Adly berkata MU tidak bercadang untuk mengugurka­nkhidmatma­namana pemain importnya pada musim depan walaupun pasukan tersebut berdepan dengan masalah kewangan.

Beliau berkata khidmat pemain import masih diperlukan bagi mengekalka­n prestasi pasukan MU untuk terus kekal dalam Liga Super pada musim depan.

Katanya MUSA akan menyusun semula strukturny­a pada musin depan bagi mengimbang­i semua faktor termasuk kemampuan dari segi kewangan. “Kita akan memperheba­tkan lagi pembanguna­n di peringkat akar umbi dengan menyediaka­n program pembanguna­n seawal peringkat sekolah rendah bagi melaharika­n lebih ramai pemain berkualiti pada masa hadapan,”katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia