Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan negeri lulus peruntukan RM200,000 bagi Sopma Perak 2018

-

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi penganjura­n Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke-20 yang bakal berlangsun­g di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, dari 15 hingga 20 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata bagaimanap­un venue perasmian sukan itu pada 15 Oktober ini masih belum diputuskan lagi dan akan diumumkan nanti.

“Ada dua venue perasmian yang sedang dalam perbincang­an iaitu Stadium Indera Mulia dan kediaman rasmi Menteri Besar. Kerajaan negeri telah beri komitmen yang penuh untuk menjayakan sukan ini.

Sumbangan yang diberikan adalah untuk penyediaan penginapan, venue, pingat, teknikal, pengangkut­an dan lain-lain. Sukan ini merupakan anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau turut menegaskan Sopma 2018 adalah berbeza dengan Sukan Para Sukma 2018 iaitu sukan bagi atlet Orang Kelainan Upaya yang bakal berlangsun­g pada Disember nanti.

“Ini berikutan ada beberapa pihak keliru dengan dua sukan ini. Sopma adalah sukan bagi orang pekak. Keduadua temasya sukan ini kita asingkan penganjura­n tarikhnya kerana ia bagi mengelak berlaku kekeliruan atau penyediaan kemudahan penginapan untuk semua peserta.

“Kita mengalu-alukan semua penganjura­n sukan ke negeri Perak ini namun kita juga perlu memastikan kemudahan penginapan disediakan dengan baik agar tidak timbul isu penginapan tidak selesa,”katanya.

Lee berkata Sopma 2018 kali ini akan melibatkan kira-kira 1,200 atlet dari seluruh negara dengan tujuh acara sukan iaitu empat sukan teras adalah bola sepak, badminton, boling tenpin serta olahraga manakala tambahan tiga sukan baharu iaitu renang, ping pong dan futsal. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia