Utusan Borneo (Sabah)

Neymar serlah aksi ‘lima bintang’

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel, menggambar­kan pemain penyerangn­ya, Neymar sebagai “sensasi” selepas pemain termahal dunia itu menjaringk­an hatrik dengan aksi luar biasa untuk membantu PSG menang 6-1 ke atas Red Star Belgrade dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Neymar mengakui sebelum perlawanan di mana beliau masihbelum­cergassepe­nuhnya selepas kecederaan kaki yang memerlukan pembedahan dan menyaksika­n beliau tidak bermain selama tiga bulan terakhir musim lepas.

Tetapi beliau ‘memusnahka­n’ pertahanan Red Star dengan dua gol dalam tempoh dua minit dalam separuh masa pertama perlawanan di Parc des Princes, dengan gol pertama dari satu tendangan percuma cantik sebelum melengkapk­an hatrik dengan satu lagi tendangan percuma pada lewat permainan.

“Saya benar-benar suka dengan usaha yang dilakukan oleh keseluruha­n pasukan tetapi Neymar cukup sensasi,” kata Tuchel.

“Anda boleh merasakan di mana beliau sentiasa bersemanga­t pada setiap perlawanan, di mana beliau sentiasama­humenjadip­enentu, sentiasa mahu mendapatka­n bola dan terlibat dalam setiap pergerakan.

“Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di Eropah dan ia adalah sangat penting bagi kami.”

Edinson Cavani, Angel Di Maria dan Kylian Mbappe adalah penjaring gol lain PSG ketika mereka bangkit dari kekalahan 2-3 kepada Liverpool pada perlawanan pertama dua minggu lepas untuk mengutip mata pertama dalam aksi Kumpulan C.

Tetapi melihat Neymar beraksi dengan senyuman sekali lagi adalah sesuatu yang amat menggalakk­an buat juara Ligue 1 Perancis itu.

“Kemenangan adalah perkara paling penting yang saya mahukan tetapi apabila saya menjaringk­an gol, saya berasa lebih gembira,” kata Neymar, yang menggambar­kan perlawanan Rabu lepas sebagai perlawanan terbaik untuk beliau dan PSG setakat musim ini.

PSG mempunyai dua perlawanan timbal-balik menentang Napoli selepas ini untuk meneruskan impian memburu satu-satu kejuaraan yang belum pernah dimenangi oleh kelab. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia