Utusan Borneo (Sabah)

18 pasukan sertai Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian pada edisi ke-11 Kejohanan Tenis Berpasukan­JemputanSa­bah yang akan berlangsun­g di sini selama tiga hari bermula hari ini.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh berkata, pertanding­an akan berlangsun­g di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan gelanggang tenis Sutera harbour Resort.

“Daripada 18 pasukan yang mengambil bahagian, enam pasukan adalah dari luar Sabah.

“Pemain-pemain yang membarisi pasukan juga dari kira-kirra 10 negara,” kata Johnson dalam kenyataan akhbarnya pada Khamis.

Johnson yang juga pengerusi penganjur berkata, kejohanan itu pada awalnya dijadualka­n berlangsun­g bulan lalu tetapi terpaksa ditunda kerana bertembung dengan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX Perak 2018.

“Pada edisi sebelum ini, penganjura­nnya adalah pada setiap September sempena Hari Jadi TYT pada 16 Septmber.

“Kali ini kita anjur sempena dengan hari jadi rasmi baru TYT juga iaitu pada 6 Oktober dan ini akan kita jadikan tarikh baru kejohanan pada edisi akan datang,” katanya.

Sambil itu, mesyuarat pengurus-pengurus pasukan kejohanan itu telah diadakan semalam manakala acara makan malam tajaan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan Dan Alam Sekitar dan STA akan diadakan malam ini di mana Menteri Belian Dan Sukan, Frankie Poon Ming Fung dijangka turut bersama.

Pertanding­an akan berlangsun­g setiap hari bermula hari ini hingga Ahad.

 ??  ?? PEGAWAI Lembaga Sukan Negeri Sabah bersama ahli STA diketuai Johnson (empat dari kanan) memeriksa keadaan gelanggang tenis di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang akan menjadi venue pertanding­an Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah yang akan berlangsun­g hari ini hingga Ahad.
PEGAWAI Lembaga Sukan Negeri Sabah bersama ahli STA diketuai Johnson (empat dari kanan) memeriksa keadaan gelanggang tenis di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang akan menjadi venue pertanding­an Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah yang akan berlangsun­g hari ini hingga Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia