Utusan Borneo (Sabah)

Leviance, Christabel wakil negara

- - Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemain muda Sabah, Leviance Chong dan Christabel Ntakop akan membawa cabaran negara pada kejohanan Philippine­s Unversity Soft Tennis.

Pertanding­an akan berlangsun­g di gelanggang dalam dewan bertaraf dunia Colegio San Agustin, San Jose Del Monte Bulacan bermula penghujung minggu ini.

Mengiringi kedua-dua pemain Sabah adalah pegawai hubungan antarabang­sa Persatuan Tenis Ringan Sabah (SSTA), KK Chin.

Dikatakan bahawa kejohanan itu turut disertai negara Korea, Jepun, Cambodia, Thailand di samping negara tuan rumah.

Kejohanan itu diiktiraf Southeast Asia Soft Tennis Federation (SEASTF) dan Asian Soft Tennis

Federation (ASTF) di mana ia adalah sebahagian daripada beberapa kejohanan sebelum Piala Asia 2019 di Thailand, Junior Asia 2019 di Taipei dan Universiti Asia 2019 di Manila.

Setiausaha Kehormat SSTA, Yenny Yapp dalam kenyataan akhbarnya pada Khamis berkata, usaha sedang dilakukan untuk sukan itu mendapat pengiktira­fan Majlis Sukan Negeri dan Majlis Olimpik Malaysia untuk membolehka­n pemain tenis ringan (soft tennis) negara ini bertanding di Sukan SEA Manila 2019.

Dikatakan bahawa presiden SEASTF,MartuamaSa­ragidari Indonesia dan pengerusin­ya, Kol. Jeff Tamayo dari Filipina telah menghantar surat sokongan terhadap usaha itu.

Setiausaha ASTF, Tatsuo Kasai dari Jepun dan pegawai senior Persatuan Tenis Ringan Korea

(KSTA), Kim Hun Soo akan turutt membinccan­gkan perkara itu dengan KK Chin di Manila nanti.

 ??  ?? (Dari kiri) LEVIANCE, KK Chin dan Christabel
(Dari kiri) LEVIANCE, KK Chin dan Christabel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia